KUALA LUMPUR: “Malaysia memang hebat”. Itulah ungkapan diberikan oleh netizen Jepun terhadap usaha kerajaan Malaysia membendung dan mencegah jangkitan koronavirus baharu atau COVID-19.
Ia merupakan salah satu daripada seribu respons netizen Jepun kepada ciapan yang memuji garis panduan Malaysia kepada rakyatnya susulan wabak COVID-19 di China.
Berdasarkan makum balas, warga netizen ini mengalu-alukan tindakan kerajaan Malaysia dalam mengeluarkan nasihat melalui Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada 6 Feb lalu bagi mengekang penularan COVID-19 di Malaysia.
Semuanya bermula apabila seorang pemilik akaun Twitter, dengan nama @kurakuranet, menciap semula garis panduan KSM. Adalah dipercayai pemilik akaun @kurakuranet tinggal di Malaysia.
Seorang netizen menulis tweet dalam bahasa Jepun yang berbunyi: “Dasar Malaysia melindungi orang yang dijangkiti…yang lebih baik sebagai sebuah negara.”
Garis panduan KSM menyatakan:
Majikan hendaklah mengarahkan pekerja menjalankan pemeriksaan dengan segera dan perbelanjaan ditanggung majikan.
Pemeriksaan oleh pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan yang ditetapkan mengikut Seksyen 60F Akta Pekerjaan 1955.
Memberikan gaji penuh kepada pekerja yang mendapat perintah kuarantin daripada pengamal perubatan berdaftar dari negara kaitan dengan kes Covid-19- kerana ia kewajipan daripada majikan.
Tidak boleh mengarahkan pekerja menggunakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji semasa tempoh kuarantin.
Memberi cuti sakit berbayar atau kelayakan hospital semasa tempoh kuarantin pekerja, sama ada di rumah atau hospital.
Digalakkan memberikan imbuhan tambahan kepada pekerja jika perintah kuarantin melebihi cuti sakit atau kelayakan kemasukan ke hospital.
Tidak boleh menghalang pekerja datang bekerja jika tiada perintah kuarantin dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar, namun boleh mengarahkan pekerja tidak sihat untuk tidak hadir dengan menyediakan cuti sakit berbayar.
“Ini adalah hebat,” ciap seorang netizen dan berkata ia berharap kerajaan Jepun akan mencontohi Malaysia.
“Ini adalah bagaimana sebuah negara yang serius perlu dalam mencegah penularan jangkitan,” ciap seorang lagi netizen.
”Contoh pengurusan risiko,” ulas seorang pemilik akaun Twitter yang turut memuji langkah kerajaan Malaysia itu.” Ini adalah untuk menunjukkan Malaysia tahu (bagaimana) menghargai sumber negara. Pada akhirnya, rakyat adalah sumber paling penting di sebuah negara,” menurut ciap tersebut.
Berikutan tercetus COVD-19 di Wuhan, China, Disember lalu, jangkitan tersebut telah menular kepada 27 negara dengan 75,725 kes dilaporkan dengan 2,128 kematian, kebanyakan di China.
Sejumlah 16,108 pesakit telah pulih daripada jangkitan tersebut. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked