Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CUCU PEMIMPIN HAMAS YANG CEDERA DALAM SERANGAN ISRAEL MENINGGAL DUNIA

DUNIA

CUCU PEMIMPIN HAMAS YANG CEDERA DALAM SERANGAN ISRAEL MENINGGAL DUNIA

Malak Haniyeh, cucu perempuan kepada pemimpin Hamas Ismail Haniyeh meninggal dunia pada Isnin selepas mengalami kecederaan dalam serangan Israel yang mengorbankan ahli keluarganya yang lain pada hari pertama Aidilfitri.

Keadaan kereta yang digunakan tiga anak lelaki pemimpin Hamas Ismail Haniyeh yang terbunuh dalam serangan udara Israel di kem al-Shati -foto AFP

ISTANBUL: Malak Haniyeh, cucu perempuan kepada pemimpin Hamas Ismail Haniyeh meninggal dunia pada Isnin selepas mengalami kecederaan dalam serangan Israel yang mengorbankan ahli keluarganya yang lain pada hari pertama Aidilfitri, sumber perubatan memberitahu Agensi Anadolu. 

Tiga anak lelaki Ismail dan beberapa cucunya maut pada Rabu lepas dalam satu serangan udara Israel di sebuah kem pelarian di barat Bandaraya Gaza. 

Serangan udara Israel itu menyasarkan sebuah kereta membawa keluarga Ismail di Kem Pelarian Al-Shati semasa mereka mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri kepada penghuni kem berkenaan  sempena perayaan itu, saksi memberitahu Anadolu. 

Sumber perubatan memberitahu Anadolu bahawa serangan udara itu meragut nyawa tiga anak lelaki Ismail —  Hazem, Amir, dan Mohammed — selain daripada beberapa orang anak mereka dan mencederakan yang lain. 

Israel telah melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, membunuh lebih daripada 33,700 warga Palestin dan mencederakan 76,400 orang selain daripada kemusnahan kediaman dan infrastruktur pada skala besar dan mengakibatkan kekurangan bekalan keperluan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading