Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CURI ELEKTRIK: NEGARA RUGI RM3.4 BILION AKIBAT PERLOMBONGAN BITCOIN SEJAK 2018

DALAM NEGARA

CURI ELEKTRIK: NEGARA RUGI RM3.4 BILION AKIBAT PERLOMBONGAN BITCOIN SEJAK 2018

KUALA LUMPUR: Negara kerugian sebanyak RM3.4 bilion bagi tempoh 2018 hingga tahun lepas akibat kegiatan mencuri bekalan tenaga elektrik menerusi perlombongan bitcoin, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air merangkap Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir. — Bernama

KUALA LUMPUR: Negara kerugian sebanyak RM3.4 bilion bagi tempoh 2018 hingga tahun lepas akibat kegiatan mencuri bekalan tenaga elektrik menerusi perlombongan bitcoin, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata kegiatan berkenaan yang dilihat semakin berleluasa bukan sahaja merugikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) malah rakyat dan negara keseluruhannya. 

“Kegiatan mencuri elektrik oleh pihak yang melombong mata wang kripto ini berlaku kerana  memikirkan kegiatan ini tidak dapat dikesan kerana ketiadaan meter di premis mereka, bagaimanapun syarikat pembekal tenaga mempunyai pelbagai kaedah untuk mengesan penggunaan tenaga luar biasa di sesuatu kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelupusan barangan rampasan berkaitan kecurian elektrik dan kelengkapan elektrik tanpa sijil keselamatan Suruhajaya Tenaga (ST) di Balakong dekat sini hari ini yang dirampas dalam operasi bitcoin.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi ST Dr V.Sanjayan dan Pengarah Jabatan Penguatkuasaan dan Operasi Kawasan ST Ismail Zaili Yusop.

Akmal Nasrullah berkata usaha untuk membanteras kecurian tenaga elektrik turut menjadi keutamaan kementerian selain meningkatkan pengeluaran tenaga hijau dan tenaga boleh diperbaharui.

Mengulas mengenai majlis berkenaan beliau berkata pelupusan berkenaan melibatkan sebanyak 2,022 barangan rampasan bernilai RM2.2 juta.

Beliau berkata ia melibatkan mesin melombong bitcoin yang dirampas dalam operasi pada Okt 2022, barangan elektrik yang tidak mempunyai sijil keselamatan ST dan barangan lain yang terlibat dalam kes kemalangan elektrik.

“Barangan ini telah mendapat arahan untuk dilupuskan daripada Timbalan Pendakwa Raya mengikut Seksyen 406A dan 407 Kanun Prosedur Jenayah selepas selesai melalui proses mahkamah dan kompaun,” katanya.

Barangan elektrik berkenaan akan dilupuskan secara lestari sebagai mematuhi keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan Kualiti Alam Sekeliling  (Buangan Terjadual) 2005. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading