CUTI ANGGOTA, PEGAWAI BOMBA DI MELAKA DIBEKU, SIAPSIAGA HADAPI MUSIM TENGKUJUH
Cuti kira-kira 500 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dibekukan sebagai persediaan agensi tersebut menghadapi ketibaan Monsun Timur Laut.
MELAKA: Cuti kira-kira 500 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka dibekukan sebagai persediaan agensi tersebut menghadapi ketibaan Monsun Timur Laut.
Pengarah JBPM Negeri Mohd Pisar Aziz berkata langkah itu diambil bagi memastikan agensi penyelamat itu berada pada tahap optimum untuk menghadapi sebarang bencana, terutama banjir yang sering berlaku pada hujung tahun.
“Untuk itu aspek keanggotaan amat diperlukan untuk mereka sentiasa berada di lapangan, seperti amalan biasa sebelum ini, dan kita sudah mula tidak membenarkan petugas untuk bercuti,” katanya kepada pemberita di Ayer Keroh di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyempurnakan Majlis Perasmian Pasukan Bomba Junior Sekolah Kebangsaan (SK) Tun Syed Ahmad Shahabudin, yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan negeri Jamsari Mariman.
Mohd Pisar berkata pihak bomba akan membuat pemantauan dari semasa ke semasa di beberapa lokasi ‘panas’ sering terlibat banjir di negeri itu ketika ini terutama ketika hujan, antaranya di Lubok Cina dan Sungai Siput di Alor Gajah; Sungai Putat di Melaka Tengah; dan Merlimau di Jasin.
Sementara itu mengulas mengenai Pasukan Bomba Junior, beliau berkata pihaknya menyasarkan 11 sekolah rendah menubuhkan pasukan berkenaan tahun ini selepas ia mula diperkenalkan Januari lepas.
Beliau berkata sehingga kini enam sekolah rendah yang telah menubuhkan Pasukan Bomba Junior terdiri daripada SK Bachang, SK Tanjung Minyak 2, SK Tun Razak Bukit Katil, SK Rumbia, SK Parit Melaka dan SK Tun Syed Ahmad Shahabudin, yang melibatkan penyertaan 308 murid.
Mohd Pisar berkata inisiatif itu diambil bagi mendidik murid menghayati dan mengamalkan ilmu kebombaan di peringkat awal, memupuk budaya keselamatan kebakaran, memberi kesedaran tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan di peringkat awal.
“Kaedah pelaksanaan latihan akan dilaksanakan mengikut kesesuaian dan kemudahan yang ada seperti di kasawan sekolah, balai bomba dan penyelamat yang berhampiran.
“Selain itu mereka ini juga diterapkan dengan modul asas kawad kaki, pertolongan cemas dan bantuan pernafasan (CPR), ikatan dan simpulan serta keselamatan aktiviti di air,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked