3,847 KANAK-KANAK DILAPOR HILANG DARI 2020 HINGGA SEPTEMBER LEPAS
Seramai 3,847 kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah dilaporkan hilang dari 2020 hingga September tahun ini, dengan 96 peratus kes kehilangan berjaya ditemukan semula.
KUALA LUMPUR: Seramai 3,847 kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah dilaporkan hilang dari 2020 hingga September tahun ini, dengan 96 peratus kes kehilangan berjaya ditemukan semula, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata daripada jumlah itu, 792 kanak-kanak dilaporkan hilang pada 2020, 594 orang (2021), 902 orang (2022), 779 orang (2023) dan 780 orang setakat bulan lepas.
“Puratanya 770 kes setahun, kurang lebih dua kes sehari. Yang menariknya, daripada 3,847 kes kanak-kanak hilang ini, yang berjaya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) jumpa semula ialah 96 peratus. Maknanya bagi setiap 100 hilang, 96 kita selamatkan dan yang meninggal dunia,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) mengenai usaha dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menangani kes kanak-kanak hilang yang dilaporkan semakin meningkat dan merekodkan sehingga dua kes sehari dari 2020 hingga 2024.
Saifuddin Nasution berkata baki kes diklasifikasikan sebagai masih hilang.
Beliau berkata kanak-kanak hilang berusia 13 hingga 15 tahun merangkumi 54 peratus, manakala yang berumur 16 hingga 18 tahun adalah 37 peratus.
“Paling ramai dilapor hilang ialah kanak-kanak perempuan iaitu 74 peratus dan kanak-kanak lelaki (26 peratus),” katanya.
Saifuddin Nasution berkata antara punca yang dikenal pasti berlakunya kes kehilangan berkenaan adalah disebabkan remaja yang ingin mencari kebebasan, mengikut kawan dan kekasih, serta salah faham dengan keluarga.
Beliau berkata antara usaha KDN dalam menangani kes kanak-kanak hilang termasuk menumpukan kepada pelaksanaan program kesedaran dengan sebanyak 457 program membabitkan 141,000 kanak-kanak telah dilaksanakan setakat ini.
Selain itu, platform Nur Alert dan portal akan digunakan untuk meluaskan pencarian kanak-kanak hilang dengan sokongan moral dan psikologi turut diberikan kepada keluarga.
“Syor saya ialah apabila berlaku sahaja insiden ini…jangan tunggu melepasi 24 jam, sebab ini melibatkan kanak kanak, pesan saya ialah lapor segera,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager