JOHOR BAHRU: Cuti hujung minggu di Johor akan ditukar kepada Sabtu dan Ahad, mulai 1 Januari 2025.
Perkara tersebut dimaklumkan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail selepas mendapat perkenan dan restu Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
“Saya juga menitahkan agar YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan Mufti Negeri Johor mengadakan perbincangan dan meneliti perkara ini dari setiap sudut dan aspek.
“Saya berharap agar semua syarikat-syarikat swasta, pihak kerajaan serta pihak yang berkaitan akan memberi ruang dan masa yang mencukupi untuk para pekerja Muslim menunaikan Solat Jumaat pada waktunya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ketika ini cuti hujung minggu bagi negeri Johor adalah pada setiap Jumaat dan Sabtu.–AlHijrah Online