Islamofobia boleh ditakrifkan sebagai sikap prejudis terhadap agama Islam atau penganutnya dan sering digunakan sebagai senjata untuk meraih manfaat politik.
Tetapi sikap ini juga terbit dari kecetekan pengetahuan seseorang terhadap apa itu ajaran Islam dan senario sebegini diburukan lagi dengan persepsi kejadian keganasan yang berlaku sering dikaitkan dengan Islam.
Bukan menjadi rahsia lagi setiap perlakuan keganasan secara sedar atau tanpa sedar dikaitkan dengan Islam.
Islamofobia bukan sahaja menular di kalangan masyarakat Barat seperti yang sering dipaparkan dalam media tetapi berlaku dalam masyarakat yang dianggap sepatutnya serasi dengan Islam.
Ambil contoh India yang mempunyai 200 juta penduduk beragama Islam yang merangkumi hampir 10 peratus populasi dunia yang beragama Islam.
Malah di sesetengah wilayah seperti Jammu-Kashmir dan juga Lakshadweep, majoriti penduduknya adalah beragama Islam.
Tetapi dek kerana kepentingan politik, perasaan Islamofobia digunakan seperti apa yang tercetus di Jammu-Kashmir.
Tetapi kini timbul pula sikap Covid19fobia yang kebanyakannya tercetus kerana pengetahuan mengenai virus ini tidak banyak diketahui dan dunia masih terkapai-kapai bukan sahaja untuk mencari penyelesaian melalui vaksin tetapi juga bagaimana untuk berhadapan dengan wabak ini.
Apabila Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang sering menggunakan ungkapan virus ‘China’ dan ‘Wuhan’ walaupun ianya tidak lebih dari modal politik, tetapi hakikatnya itu adalah manifestasi Covid19fobia.
Begitu jua apabila individu yang raut wajahnya seperti orang Asia dipandang serong kerana dikaitkan dengan penularan virus, ini juga tanda Covid19fobia.
Serupa jua ada segelintir mereka yang berasal dari benua Afrika dipandang serong kerana dikaitkan dengan tabiat yang mampu menular jangkitan virus dan fenomena ini sering tercetus di China.
Kita juga terjebak dengan sikap prejudis Covid19 apabila ada yang memandang serong terhadap kumpulan dakwah tabligh yang dikaitkan dengan jumlah kluster jangkitan terbesar di Malaysia.
Memang benar kluster tabligh ini yang memberi jumlah jangkitan besar tetapi yang tidak sedap didengar ada yang mengaitkan isu ini dengan agama Islam.
Pada awalnya timbul persepsi kumpulan tabligh yang berkenaan engkar dengan arahan supaya menjalankan saringan, tetapi itu adalah persepsi semata-mata kerana sebahagian besar yang hadir perhimpunan di Masjid Sri Petaling telah membuat ujian saringan.
Diperhatikan juga prejudis terhadap kumpulan tabligh ini telah mula berkurangan kerana maklumat sebenar diperjelaskan dan terdapat kerjasama baik diberikan kumpulan tabligh ini terhadap petugas Kementerian Kesihatan Malaysia.
Seperti mana di Malaysia, senario yang serupa berlaku di India yang mana dikaitkan penularan Covid19 ini dengan perhimpunan kumpulan dakwah tabligh di Delhi pada awal Mac lalu.
Sikap permusuhan di antara rakyat India beragama Hindu dan Islam sememangnya telah lama tercetus dan paling mendukacitakan kaitan jangkitan virus dengan kumpulan tabligh telah digunakan untuk meningkatkan permusuhan di antara rakyat berlainan agama ini.
Hashtag #CoronaJihad dan #TablighiJamatVirus umpamanya dikatakan telah menular sebanyak 300,000 kali dan disaksikan sebanyak 165 juta kali terutama sekali dalam media sosial Twitter.
Ungkapan seperti #CoronaJihad adalah jelas menggambar sikap prejudis terhadap Islam kerana jihad sering dikaitkan dengan agama Islam dan cuba diserapi gambaran penganut Islam menggunakan virus Covid19 sebagai strategi jihad mereka.
Kesan dari kedua-dua hashtag #CoronaJihad dan #TablighiJamatVirus adalah menularnya ‘tweet’ Islamofobia berkait virus Covid19 dan agama Islam yang telah membangkitkan kebencian apa saja yang berkait Islam dalam kalangan rakyat India.
Salah satu puluhan ribu ‘tweet’ yang menular, paling popular (retweets) adalah mengenai video ahli tabligh di wilayah Delhi yang sengaja batuk untuk menjangkiti virus kepada orang lain.
Beberapa landasan media sosial popular seperti Twitter, Facebook dan Google umpamanya telah lama berdepan dengan cabaran berita tidak benar yang menjurus dengan kenyataan berbaur perkauman dan agama, ditambah dengan Covid19fobia yang dikaitkan dengan isu perkauman dan agama maka cabaran itu menjadi lebih perit untuk diatasi.
Sebab itu juga Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melabelkan virus yang sebelum ini sering disebut sebagai coronavirus sebagai Covid19 demi mengelak stigma virus ini yang dikaitkan dengan negara atau agama tertentu.
Tetapi amat menyedihkan ada pihak yang dilihat terlalu mementingkan laba dan manfaat politik menyalahguna wabak ini sehingga menimbulkan sikap prejudis yang keterlaluan.
Semoga rakyat Malaysia terhindar dari sikap Covid19fobia. — AlHijrah Online
Penulis adalah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Artikel disunting Syed Azwan Syed Ali.
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked