Ini adalah satu polemik semasa yang terjadi pada masa IoT (Internet of Things) ini. Kekuatan kuasa tarikan dan pembentukan persepsi positif atau negatif melalui media sosial.
Ambil contoh ketara pembentukan persepsi berikut.
“Di mana agensi agama dan pemimpin sedangkan seorang dermawan seperti Ustaz Ebit Lew (UEL) boleh membantu begitu ramai insan terkesan?”
Kita cuba lunakkan satu persatu verbatim netizen ini.
Mengapa persepsi sedemikian terbentuk sedangkan melalui pelaporan dan juga fakta, beratus juta ringgit telah disalurkan oleh agensi agama bagi membantu begitu ramai rakyat yang terkesan.
Untuk rekod, pujian perlu diberikan kepada UEL kerana mendepani masyarakat secara bersemuka untuk menghulur bantuan. Beliau seorang hartawan dan dermawan yang mempunyai ekosistem perniagaan yang beliau usahakan dan alhamdulillah, semakin berjaya dan berkembang melalui siri bantuan, malah orang ramai juga ingin bersama beliau melalui kaedah sokongan belian.
Kesungguhan Ebit Lew dikagumi kerana sanggup pergi ke kawasan pedalaman menghulur bantuan.
Benarlah janji Allah, sedekah dan derma ini tidak akan memiskinkan, malah Allah akan tambah lagi rezekinya.
Namun bantuan seorang dermawan tidak sepatutnya memberikan kesan terhadap persepsi negatif yang dilemparkan pula kepada pemimpin setempat, agensi agama serta badan bukan kerajaan (NGO) atau yayasan yang berperanan membantu selama ini.
Barangkali, ini sebabnya kenapa persepsi ini terbentuk iaitu keterlihatan -> tontonan -> persoalan terbentuk-> persepsi terbina.
PERKAITAN VIRAL vs PERSEPSI AGENSI AGAMA
Persepsi ini terbina kerana ‘keterlihatan yang kurang’ terhadap bantuan oleh agensi agama, tidak seperti ‘views’ atau tontonan dan viralnya bantuan UEL kepada golongan memerlukan.
Pelbagai golongan termasuk pemandu bas turut mendapat perhatian Ebit Lew
Keterlihatan kurang kerana rendahnya tontonan di media sosial agensi agama disebabkan faktor behaviour (sikap) netizen yang mengikuti atau follow individu, dan bukan satu agensi yang besar.
Saya namakan the ‘hero vs sistem’ idea atau kuasa tarikan ‘hero vs sistem’.
Rendahnya tontonan pada page agensi agama akan menyebabkan timbul persoalan tentang di mana agensi agama kerana netizen tidak mengetahui aktiviti agensi.
Seterusnya persoalan tentang di mana agensi agama, akan berkait pula kepada pembentukan persepsi agensi agama tidak menjalankan tugas dan tidak sebagai mana dibuat dermawan persendirian.
Agensi agama di bawah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Albakri aktif menghulurkan bantuan kepada golongan sasar
Seorang dermawan seperti UEL membantu secara fokus kepada beberapa kes serta kumpulan masyarakat.
Kuasa tarikan media sosial berlaku kerana usaha membantu itu sangat tertumpu kepada kisah persendirian dan satu kumpulan.
Begitu juga kecepatan bantuan kerana beliau seorang usahawan yang mana keputusan untuk melaksanakan pemberian bantuan dimuktamadkan oleh beliau seorang sahaja.
Agensi agama pula membantu dan menyantuni begitu ramai rakyat yang sudah sekian lama berjalan dan bukan hanya ketika situasi pandemik semasa, kerana ia satu sistem musaadah yg memerlukan saluran bantuan itu dikenalpasti, disahkan, direkodkan, dan diaudit kerana pengurusan agensi agama adalah satu sistem yang memerlukan proses amanah serta semak dan imbang (check and balance).
Sudah sampai masanya untuk perbandingan ini ditukar kepada hikmah dalam perbezaan cara dan kaedah, di mana hasilnya serta niatnya tetap sama; membantu rakyat dan orang ramai melalui kaedah dan cara dermawan atau persorangan vs cara sistematik agensi agama mentadbir amanah yang diberikan.
Mosque Care JAWI menyalurkan bantuan tanpa mengira latar belakang agama dan warna kulitPeruntukan besar dikhususkan agensi agama dalam menyalurkan bantuan kepada golongan sasar yang dikenal pasti
Namun satu perkara yang pasti, tanggapan semasa membuktikan kuasa tarikan media sosial mempunyai perkaitan kuat terhadap pembentukan persepsi masyarakat.
“Barangkali juga, sudah masanya agensi agama memfokuskan kepada strategi media sosial bagi mengelakkan ‘fitnah persepsi’ yang negatif ini.”
Namun, adakah nanti akan timbul pula isu kepada agensi agama? Bukankah kita perlu menyembunyikan perkara baik agar mengelak daripada sifat riak dan ujub? Tangan kanan memberi, tangan kiri tidak boleh menjadi saksi?
Barangkali hipotesis ini nanti bertukar kepada kebenaran. ‘Hero vs Sistem’ ideologi iaitu, apa sahaja yang ‘Hero’ lakukan adalah lebih baik daripada ‘Sistem’ itu sendiri walaupun sistem telah lebih lama membantu dan lebih banyak bantuan telah sampai.
Namanzee Harris adalah Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah
Suntingan oleh: Ardi Herman Mohd Mardzi
Penafian: Artikel yang disiarkan AlHijrah Online ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial AlHijrah Media Corporation dalam isu yang dikupas.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked