DIGITALISASI MAHKAMAH SYARIAH PERKUKUH SISTEM KEADILAN, LINDUNGI HAK WANITA DAN ANAK
Kerajaan melaksanakan agenda digitalisasi mahkamah syariah menerusi sistem e-Syariah bagi memperkukuh sistem keadilan syariah agar lebih telus, mesra pengguna dan berkesan, khususnya dalam melindungi hak serta kepentingan wanita dan anak-anak.
KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan agenda digitalisasi mahkamah syariah menerusi sistem e-Syariah bagi memperkukuh sistem keadilan syariah agar lebih telus, mesra pengguna dan berkesan, khususnya dalam melindungi hak serta kepentingan wanita dan anak-anak.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata antara usaha utama yang dilakukan kerajaan adalah melalui aplikasi mudah alih e-Syariah dan Modul e-Nafkah.
Beliau berkata melalui aplikasi e-Syariah yang boleh dimuat turun di Apple App Store,Google Play Store,dan Huawei Apps Gallery, orang ramai boleh mendaftar dan menyemak status kes nafkah, perceraian, hak penjagaan anak dan harta sepencarian secara kendiri tanpa perlu hadir ke mahkamah.
“Selain itu, kita juga ada Modul e-Nafkah yang membolehkan untuk memantau pengurusan kes nafkah keluarga secara sistematik bagi memastikan pelaksanaan perintah dipenuhi, termasuk semakan status nafkah, kutipan nafkah, termasuk pelaksanaan perintah nafkah secara dalam talian,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Syahredzan Johan (PH-Bangi) yang ingin tahu usaha kerajaan dalam meningkatkan akses keadilan wanita dalam kes keluarga, termasuk langkah digitalisasi mahkamah syariah, pemodenan prosedur guaman serta inisiatif lain bagi memperkukuh perlindungan hak dan kepentingan wanita.
Selain itu, Zulkifli berkata kerajaan turut melaksanakan prapendaftaran Kes Syariah Kendiri ataupun (DIY e-Filing) dan penggunaan teknologi komunikasi jarak jauh di bawah Kaedah Tatacara Mal Mahkamah Syariah yang memudahkan pihak hadir tanpa perlu berada secara fizikal di mahkamah.
“Langkah ini sejajar dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk memperkukuh sistem keadilan Syariah yang lebih telus, mesra pengguna dan berkesan, khususnya bagi melindungi hak serta kepentingan wanita dan anak-anak,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.