DRAF MOU PERUNTUKAN PEMBANGKANG: AMAUN TIDAK DINYATA KERANA TERMA BELUM DIPERSETUJUI
Langkah kerajaan tidak menyatakan amaun peruntukan dalam draf memorandum persefahaman (MoU) membabitkan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang adalah disebabkan terma dalam perjanjian itu masih belum dipersetujui oleh blok berkenaan.
KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan tidak menyatakan amaun peruntukan dalam draf memorandum persefahaman (MoU) membabitkan peruntukan Ahli Parlimen pembangkang adalah disebabkan terma dalam perjanjian itu masih belum dipersetujui oleh blok berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sekiranya pembangkang tidak bersetuju dengan mana-mana terma dalam MoU itu, mereka seharusnya menyatakannya melalui saluran betul iaitu perundingan, bukannya melalui media.
Beliau berkata sehingga kini kerajaan juga masih belum menerima maklum balas daripada pembangkang berkaitan draf MoU itu.
“Terma itu belum dipersetujui, yang kita nak bincang pasal amaun, dan sepatutnya tak bolehlah pergi ke media, responslah kepada (kerajaan) draf itu dan nanti kita bincanglah sehingga bila kita setuju dan kita muktamadkan baru kita paparkan kepada media,” katanya.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Sekretariat Kerajaan Perpaduan berkata demikian selepas menghadiri majlis Malaysian Law Students Legal Aid Convention 2024 di sini hari ini.
Semalam Ketua Whip Perikatan Nasional Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilapor berkata kerajaan menetapkan tujuh syarat kepada pembangkang, termasuk sokongan kepada kerajaan sehingga akhir penggal Parlimen ke-15, bagi membolehkan mereka menerima peruntukan.
Takiyuddin turut mendakwa tiada amaun peruntukan yang diletakkan dalam draf MoU tersebut.
Fadillah berkata syarat ditetapkan mengenai sokongan kepada kerajaan itu bertujuan memastikan kestabilan politik dalam negara dapat dicapai, sekali gus menghantar mesej kepada dunia dalam menarik lebih ramai pelabur.
“…yang kita nyatakan ialah kita nak supaya tak ada lagi kita nak bercakap pasal nak jatuhkan kerajaan dan sebagainya. Sebab apa lebih utama untuk negara kita sekarang ialah kestabilan.
“Jadi janganlah kita bercakap tentang nak menjatuhkan kerajaan apa semua, berhentikan… sebab kerajaan sekarang ini dah dapat sokongan dah ada dua pertiga sokongan dan dibuktikan di Parlimen,” katanya.
Pada 9 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan isu agihan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang tidak seharusnya menjadi isu rumit untuk diselesaikan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests