Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KES PEMERDAGANGAN MANUSIA LIBAT AHLI POLITIK: POLIS RAKAM KETERANGAN LAPAN INDIVIDU 

DALAM NEGARA

KES PEMERDAGANGAN MANUSIA LIBAT AHLI POLITIK: POLIS RAKAM KETERANGAN LAPAN INDIVIDU 

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya turut merekod keterangan penulis blog dari Indonesia hari ini berkaitan penulisan artikel membabitkan kes berkenaan.

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan lapan individu termasuk seorang ahli politik dan suaminya berhubung kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang didakwa mempunyai kaitan dengan pasangan itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya turut merekod keterangan penulis blog dari Indonesia hari ini berkaitan penulisan artikel membabitkan kes berkenaan.

Beliau berkata semakan terhadap akaun syarikat beberapa individu yang didakwa terbabit dalam kes berkenaan juga dijalankan.

“Selain ahli politik, suaminya dan penulis blog itu, polis turut mengambil keterangan dua individu daripada sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan hari ini bagi membantu siasatan,” katanya kepada Bernama.

Razarudin berkata pihaknya mengesahkan keberadaan ahli politik itu di Myanmar untuk urusan pelaburan hartanah namun siasatan mengenai pembabitan beliau dalam aktiviti pemerdangan manusia itu masih dijalankan.

Beliau berkata siasatan dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Razarudin sehubungan itu menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi berkaitan isu itu dan memberi ruang kepada polis untuk melengkapkan siasatan.

Pada 28 Ogos lepas media melaporkan seorang ahli politik yang juga bekas timbalan menteri dipercayai terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia antarabangsa beroperasi di Myanmar disyaki pada awal 2020.

Bagaimanapun, ahli politik terbabit menafikan pembabitannya dan sudah membuat laporan berhubung perkara itu.

Baru-baru ini tular sebuah video pembongkaran sindiket di Myanmar itu menerusi YouTube yang diterbitkan di Indonesia dengan memaparkan rakyat negara itu turut menjadi mangsa pemerdagangan manusia.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading