Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERLIS TUAN RUMAH TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

DALAM NEGARA

PERLIS TUAN RUMAH TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

Perlis dipillih sebagai tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1446H/2025M yang akan melibatkan 112 peserta dari seluruh negara tahun depan.

Sumber Gambar: BERNAMA

KANGAR: Perlis dipillih sebagai tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1446H/2025M yang akan melibatkan 112 peserta dari seluruh negara tahun depan.

Menurut Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu kenyataan hari ini perkara itu dipersembah maklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar kepada Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis sembah menghadap di sini semalam.

“Tarikh MTHQK akan diputuskan secara rasmi kepada umum sebelum penghujung tahun ini. Secara umumnya, setiap negeri diwakili lapan peserta iaitu dua dalam kategori tilawah al-Quran manakala enam peserta dalam kategori hafazan al-Quran,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga Yang DiPertua MAIPs menzahirkan sukacita atas pemilihan negeri itu sebagai tuan rumah bagi penganjuran MTHQK 2025.

“Baginda berharap agar Perlis akan terus mendapat perhatian penganjur bagi sebarang pertandingan dan kejohanan bagi merancakkan lagi kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 yang sedang berlangsung sehingga penghujung tahun hadapan.

“(Selain itu) Sambutan Jubli Perak iaitu 25 Tahun Pemerintahan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail sebagai Raja Perlis pada 16 April 2025 dan seterusnya sempena Tahun Melawat Malaysia 2026,” menurut kenyataan itu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading