Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RM15 JUTA DIPERUNTUK JADIKAN HARIMAU MALAYA GERGASI BOLA SEPAK ASIA

DALAM NEGARA

RM15 JUTA DIPERUNTUK JADIKAN HARIMAU MALAYA GERGASI BOLA SEPAK ASIA

Sebanyak RM15 juta diperuntukkan untuk memperkukuh pasukan Harimau Malaya, sekali gus mengangkat pasukan itu menjadi gergasi bola sepak di rantau Asia.

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Sebanyak RM15 juta diperuntukkan untuk memperkukuh pasukan Harimau Malaya, sekali gus mengangkat pasukan itu menjadi gergasi bola sepak di rantau Asia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata daripada jumlah itu, RM10 juta akan diperuntuk kerajaan melalui Kementerian Kewangan manakala RM5 juta adalah komitmen daripada pihak swasta. 

Beliau berkata langkah itu juga bagi memastikan Harimau Malaya dapat menjamin kebajikan pemainnya serta menggajikan barisan pengurus dan jurulatih terbaik. 

“Kalau kita dapat pengurus dan jurulatih yang betul-betul menunjukkan komitmen mereka biarpun mereka dari luar negara, saya percaya kita mampu mengangkat nama dan kewibawaan Harimau Malaya dalam mewakili negara Malaysia tercinta.

“Kita nak pastikan kemudahan dan kebajikan pemain-pemain bola, pengurus dan jurulatih mereka,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan di sini hari ini. 

Perdana Menteri berkata beliau akan mengadakan pertemuan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah beliau pulang dari lawatan rasmi di Rusia untuk menghadiri Forum Ekonomi Timur, yang bermula hari ini hingga Jumaat.

Beliau juga akan meminta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh untuk segera menyelaraskan penyaluran peruntukan berkenaan selain menugaskan seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan untuk memastikan segala urusan kewangan berkaitan teratur. 

“Mudah-mudahan selain dapat memacu pertumbuhan ekonomi, kita dapat juga pamerkan (prestasi) bola sepak yang cemerlang dari Malaysia,” katanya.

Anwar turut mengumumkan secara peribadi akan memantau dan membantu dalam usaha memperkukuh pasukan Harimau Malaya. 

“Mengenangkan banyak masalah dan rakyat terutamanya orang muda yang minat dengan sukan bola sepak, saya mengambil keputusan untuk secara peribadi memantau dan membantu memperkukuh pasukan Harimau Malaya,” katanya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading