MOTOSIKAL BAHARU 150CC KE ATAS PERLU DILENGKAPI SISTEM ABS MULAI TAHUN DEPAN – AHMAD ZAHID
Semua motosikal baharu berkapasiti 150cc dan ke atas perlu mempunyai Sistem Brek Anti Kunci (ABS) mulai 1 Jan depan, yang merupakan antara inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.
PUTRAJAYA: Semua motosikal baharu berkapasiti 150cc dan ke atas perlu mempunyai Sistem Brek Anti Kunci (ABS) mulai 1 Jan depan, yang merupakan antara inisiatif kerajaan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Malaysia Mengenai Keselamatan Jalan Raya dan Kesesakan Lalu Lintas berkata malah berdasarkan kepada laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, ABS boleh mengurangkan kematian dalam kalangan penunggang motosikal sebanyak 31 peratus semasa kemalangan.
“Saya yakin inisiatif ini akan mengurangkan kematian pengguna jalan raya di Malaysia dan memberi inspirasi kepada negara ASEAN lain untuk melaksanakan langkah yang sama, menjadikan motosikal lebih selamat di seluruh rantau ini,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Persidangan Keselamatan Jalan Raya Asia (CARS), di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Ahmad Zahid berkata Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah melaksanakan Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP), sistem penarafan holistik pertama di dunia untuk motosikal, dan MyMAP telah melaksanakan penilian terhadap 28 model deripada tujuh syarikat motosikal.
“Inisiatif ini memacu industri motosikal ke arah pasaran berorientasikan keselamatan yang memberi manfaat kepada pengguna jalan raya,” katanya.
Ahmad Zahid juga mencadangkan supaya skop MyMAP diperluaskan ke luar Malaysia untuk merangkumi rantau ASEAN atau Asia, meningkatkan keselamatan motosikal di seluruh benua.
“Dengan ini kita boleh tahu motosikal dari syarikat mana yang lebih selamat dan mana yang sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata Jawatankuasa Kabinet Malaysia Mengenai Keselamatan Jalan Raya dan Kesesakan Lalu Lintas telah mencadangkan untuk menurunkan had laju di zon sekolah daripada 40 km/j kepada 30 km/j.
Timbalan Perdana Menteri berkata Kerajaan Persekutuan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan sekolah untuk melaksanakan sistem pengurusan kelajuan yang berkesan seperti memasang palang tertentu dan bonggol mengehadkan kelajuan di zon sekolah untuk memperlahankan kenderaan.
“Sekiranya inisiatif ini berjaya mengurangkan kemalangan jalan raya di zon sekolah, kami mungkin mempertimbangkan untuk memperluaskan had laju 30 km/j ke kawasan lain dalam kawasan bandar untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat kepada pengguna jalan raya,” katanya.
Sementara itu, apabila ditanya sama ada cadangan kelajuan itu telah digazetkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata “keputusan sedang dibuat oleh Jawatankuasa Kabinet, jadi kita perlu buat penyelarasan dengan beberapa kementerian, termasuk Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Pendidikan”.
“Jadi kita akan mengambil sedikit masa untuk proses ini, namun saya ucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri kerana beliau berani membuat keputusan itu, yang mungkin tak popular tetapi penting demi keselamatan anak-anak kita di sekolah,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests