Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA BERADIK LELAKI LEMAS DALAM PARIT DI PANTAI REMIS

DALAM NEGARA

DUA BERADIK LELAKI LEMAS DALAM PARIT DI PANTAI REMIS

Dua beradik lelaki berusia empat dan enam tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Batu 12, Jalan Segari dekat Pantai Remis, semalam.

IPOH: Dua beradik lelaki berusia empat dan enam tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Batu 12, Jalan Segari dekat Pantai Remis, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu daripada orang awam pada 7 malam.

“Setibanya pihak polis di lokasi tersebut, didapati dua mayat kanak-kanak lelaki telah diletakkan di atas lantai di hadapan rumah mereka.

“Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Pantai Remis telah mengesahkan kematian kedua-dua mangsa tersebut pada pukul 7.15 malam,” katanya dalam satu kenyataan.

Nor Omar berkata hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa telah keluar bermain di luar kawasan rumah pada 5 petang dan ketika itu ibunya yang berusia 36 tahun memasak di dapur.

“Kira-kira setengah jam kemudian, ibunya telah memanggil anak lelaki sulungnya berusia 10 tahun untuk mencari kedua-dua adiknya supaya pulang ke rumah.

“Abang mereka kemudiannya menemukan kedua-dua mangsa berada di dalam parit berhampiran dan terus memaklumkan kepada ibunya seterusnya meminta bantuan orang ramai untuk mengeluarkan mangsa dari parit berkenaan,” katanya.

Nor Omar berkata mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading