UBAT ANTIVIRAL PAXLOVID DIPERLUAS KE HOSPITAL, KLINIK SWASTA DAN HOSPITAL PENGAJAR
Ubat antiviral Paxlovid bagi merawat COVID-19 yang sebelum ini digunakan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan, akan diperluas ke hospital dan klinik swasta serta hospital pengajar.
PUTRAJAYA: Ubat antiviral Paxlovid bagi merawat COVID-19 yang sebelum ini digunakan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan, akan diperluas ke hospital dan klinik swasta serta hospital pengajar, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
“Kita setuju agihkan (ubat antiviral Paxlovid) kepada hospital swasta, klinik swasta dan hospital pengajar supaya penggunaannya dapat diperluaskan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Kesihatan (KKM) di sini hari ini.
Khairy berkata setakat ini, 405 pesakit COVID-19 telah diberikan ubat berkenaan dan kesemua mereka telah sembuh sepenuhnya daripada penyakit itu.
“Ubat ini diberikan kepada mereka yang berisiko tinggi… mungkin kumpulan yang akan terima ubat ini akan dibesarkan,” katanya.
Pada Khamis lepas (12 Mei), Khairy memaklumkan seramai 173 pesakit COVID-19 yang diberikan ubat antiviral Paxlovid telah sembuh sepenuhnya dan tiada sebarang kesan sampingan dilaporkan hingga 9 Mei lepas.
Penggunaan ubat antiviral itu bagi merawat pesakit COVID-19 telah dimulakan sejak 15 April lepas di 512 Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di klinik kesihatan dan 78 hospital kerajaan.
Mengenai peningkatan kes COVID-19 ketika ini, beliau berkata perkara tersebut adalah dalam jangkaan KKM berikutan peningkatan pergerakan orang ramai terutama ketika sambutan Aidilfitri.
“Secara keseluruhan kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) hari ini telah turun kepada 1.04 dan kadar kematian setiap hari adalah satu angka.
“Kemasukan ke hospital meningkat 55 peratus adalah kategori 1 dan 2 melibatkan mereka yang ada komobid. Dari segi jangkitan, ada peningkatan kes COVID-19 adalah sesuatu yang dijangka,” katanya.
Beliau berkata gelombang jangkitan COVID-19 yang tidak menentu ketika negara dalam Fasa Peralihan ke Endemik adalah sesuatu yang diramal.
“Jangkitan akan ada pasang surut dan bagi KKM, kita akan lihat keseriusan kes dan bukannya bilangan kes.
“Jika kes banyak tetapi keseriusan kurang, ini bermakna kita boleh hidup dengan virus itu. Sekiranya ada varian baharu yang cepat merebak, mungkin kita akan ambil tindakan berbeza,” katanya.
Semalam, dilaporkan bilangan kes baharu COVID-19 di negara ini bagi minggu epidemiologi (ME) ke-19 (8 Mei hingga 14 Mei) meningkat sebanyak 119.2 peratus iaitu kepada 19,137 kes, berbanding 8,732 kes pada minggu sebelumnya (ME ke-18).
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menyaksikan kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 4,475,873 kes dengan 29,762 kes aktif.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.