Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

DUA INDIVIDU HENTIKAN KENDERAAN DITAHAN

DALAM NEGARA

DUA INDIVIDU HENTIKAN KENDERAAN DITAHAN

PORT DICKSON: Polis telah menahan dua individu yang dipercayai terlibat dalam rakaman yang tular menunjukkan aksi marshal motosikal berkuasa tinggi memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong.

Kedua-dua lelaki berusia 26 dan 27 tahuni itu yang masing-masing bekerja sebagai pembantu firma guaman dan penyelia kilang ditahan awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata tangkapan dilakukan di kediaman mereka di kawasan Port Dickson dan Springhill Lukut.

“Turut dirampas dua motosikal jenis Kawasaki GTR 1400 dan Kawasaki Z800, topi keledar, pakaian dan kasut yang digunakan mereka ketika menahan kenderaan awam.

“Kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya polis sedang mengesan empat lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

Pada Ahad tular video berdurasi seminit 10 saat menunjukkan aksi marshal mengawal dan memberhentikan kenderaan awam di persimpangan lampu isyarat Sua Betong.

Tindakan itu dipercayai bagi memberi laluan kepada konvoi penunggang motosikal berkuasa tinggi yang bergerak melepasi lampu isyarat merah. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading