KWSP AKAN LANCAR I-SAYANG

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan kemudahan i-Sayang pada suku pertama 2022.

Kemudahan itu sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Memetik Bernama, Pengerusi KWSP Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir berkata melalui i-Sayang, pencarum boleh memindahkan secara sukarela dua peratus caruman KWSP daripada akaun suami ke akaun isteri.

Selain i-Sayang, satu lagi kemudahan yang akan dilancarkan KWSP ialah i-Lindung, yang membenarkan pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membeli insurans hayat dan penyakit kritikal melalui platform KWSP.

“Inisiatif lain yang kami tinjau termasuk pendekatan berperingkat ke arah mewajibkan perlindungan KWSP yang sah kepada pekerja sektor tidak formal bukan pertanian.

“Kami juga akan menyokong skim caruman lebihan sukarela yang mana ahli boleh memaksa majikan meningkatkan caruman KWSP mereka kepada lebih daripada 11 peratus kadar berkanun,” katanya.

Sejak penularan pandemik COVID-19, KWSP telah menawarkan beberapa kemudahan kepada pencarum antaranya i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra. – AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply