Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYARAN BKC FASA DUA BERMULA KHAMIS

DALAM NEGARA

BAYARAN BKC FASA DUA BERMULA KHAMIS

KUALA LUMPUR: Pembayaran Fasa Dua Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat mulai 25 November 2021 (Khamis) dengan peruntukan RM300 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bayaran kedua ini akan melibatkan 700 ribu penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.

Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my.

“Ingin saya tegaskan kerajaan sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Pembayaran seterusnya iaitu Fasa Tiga BKC akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada bulan Disember 2021 melibatkan peruntukan sebanyak RM1.2 bilion untuk 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Maklumat pembayaran BKC seperti jadual di bawah:

— AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading