Seingat saya, dulu sangat susah untuk berjumpa dengan lelaki yang suka dan berani mahu memakai gaun, skirt, tudung atau baju kurung.
Kali pertama melihat, beristighfar panjang juga saya. Tapi lama kelamaan kumpulan ini semakin mempengaruhi ramai anak-anak muda.
Sehinggakan, mahasiswa lelaki jurusan agama pun ada yang bersolek tebal sebelum pergi ke kelas. Betapa kuatnya arus kebebasan fahaman barat yang masuk ke dalam negara kita.
Hari ini, mereka tidak lagi takut-takut mahu menyorok identiti lelaki yang ditukar kepada perwatakan wanita. Bahkan, ada pula yang sampai mempersoalkan apakah mereka tidak berhak bahagia dengan menjadi diri sendiri.
Sahabat-sahabat, marilah kita bertaqwa kepada Allah.
Hidup kita di dunia ini, bukan semata-mata mahu memikirkan diri sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apatah lagi mahu memikirkan bahagia sendiri tanpa mempedulikan arahan dan larangan Allah.
Sifat taqwa petunjuknya adalah Al-Quran. Rujuklah Al-Quran untuk mengetahui naluri kalian itu adalah kebenaran ataupun ujian.
Jika kalian mencari kebebasan untuk melakukan maksiat, maaf, tiada hak itu untuk dituntut di negara ini.
Semua maksiat adalah dosa dan akan ada balasannya di akhirat kelak. Kecuali jika kita bertaubat, dan taubat itu diterima oleh Allah yang Maha Menerima Taubat.
Nasihat dan kata-kata yang baik sangat diperlukan bagi mereka yang mahu keluar daripada ujian. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) misalnya, ada menyediakan banyak sistem sokongan untuk membantu sahabat-sahabat yang bergelut dengan kecelaruan identiti.
Namun, jika maksiat itu mahu dilakukan secara terbuka dan mengajak-ajak pula orang lain untuk tidak takut melakukan hal yang serupa, menjadi tanggungjawab kita menghalang dengan mengguna pakai saluran undang-undang Syariah yang ada.
Seperti mana yang dikupas oleh Hamka dalam tafsirnya, sifat taqwa juga menuntut seorang Muslim itu untuk jujur mengaku salah, dan bersedia menerima hukuman.
Maka, jujurlah dengan diri, untuk menerima Al-Quran sebagai sebenar-benar petunjuk, bukan dalam hal-hal ibadah yang mudah dan kita suka lakukan, tetapi juga dalam perkara-perkara yang dibenci hati.
Pada waktu ini, sudah ada beberapa negeri yang sedang membuat semakan untuk memperkukuh lagi Enakmen Jenayah Syariah pada masa akan datang. InsyaAllah, kita akan usahakan satu demi satu, dengan segenap kemahuan politik yang kita ada.
Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNya kepada kita semua. — AlHijrah Online
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests