Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PUKUL POLIS DENGAN TOPI KELEDAR, PEMOTONG RUMPUT DIDAKWA

DALAM NEGARA

PUKUL POLIS DENGAN TOPI KELEDAR, PEMOTONG RUMPUT DIDAKWA

IPOH: Seorang pemotong rumput didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas dua pertuduhan menghalang dan mencederakan seorang anggota polis hingga menyebabkan kecederaan, Selasa lalu.

Tertuduh, P. Subramaniam, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus.

Mengikut pertuduhan Subramaniam didakwa dengan sengaja menghalang Sarjan Mohd Zainudin Mohd Jidin apabila enggan menunjukkan kad pengenalan ketika diminta berbuat demikian.

Dia turut didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis berkenaan dengan memukul kepalanya menggunakan topi keledar yang mungkin menyebabkan kematian.

Tertuduh didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Jalan Sungai Pari, berdekatan Flat Harmoni, Buntong, kira-kira jam 3.15 petang, 12 Januari lalu.

Bagi tuduhan pertama, Subramaniam didakwa di bawah seksyen 186 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman berkenaan jika sabit kesalahan.

Bagi tuduhan kedua pula, dia didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman berkenaan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya K. Darinee manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua tuduhan dan menetapkan 18 Februari untuk tarikh sebutan semula kes. – AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading