PUTRAJAYA: Dunia tidak akan menerima pelan damai Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai “ibu negara Israel yang tidak dibahagikan” dalam konflik Israel-Palestin.
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz berkata, pelan damai dibuat pentadbiran Amerika Syarikat (AS) dan rejim Israel itu tidak mengambil kira pandangan penduduk asal di tanah Palestin.
Katanya, pelan yang diumumkan kelmarin itu juga tidak mengambil kira pandangan pandangan pemimpin dan negara Islam seperti Malaysia, Qatar dan Turki selain organisasi mewakili umat Islam seperti Persidangan Kerjasama Islam (OIC).
“Asasnya, kita tidak dapat menerima kenyataan yang keluar dari rejim Amerika Syarikat dan Yahudi.
“Kenyataan (mengenai pelan damai) yang keluar daripada Trump, ia bukan menyelesaikan masalah tetapi boleh menambahkan lagi permusuhan, kebencian dan peperangan yang tidak menyelesaikan masalah dunia, termasuk di Palestin,” katanya pada sidang media pencapaian dan halatuju YADIM 2020 di Kompleks Islam Putrajaya di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Yang Dipertua YADIM, Ustaz Zolkharnain Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.
Nik Omar ditanya mengenai pelan damai Trump dikenali “Perjanjian Abad Ini” yang diumumkan kelmarin di Washington kononnya bertujuan menamatkan pertikaian Israel-Palestin.
Sidang akhbar mengenai pengumuman itu berlangsung di Rumah Putih, turut dihadiri Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, namun tiada kelibat pemimpin Palestin hadir kerana tidak dijemput ke majlis itu.
Pelan damai diumumkan Presiden AS itu merujuk Baitulmaqdis sebagai “ibu negara Israel yang tidak dibahagikan”, sekali gus membatalkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini selain menunaikan hampir kesemua tuntutan haram Israel.
Pengumuman pelan yang disifatkan berat sebelah kepada sekutu negara “Uncle Sam” itu menimbulkan kecaman keras masyarakat dunia selain menerima tentangan daripada semua fraksi pimpinan Palestin, termasuk Fatah dan Hamas.
Ditanya mengenai dakwaan pihak tertentu kononnya program Rakan Siswa YADIM (RSY) di institusi pengajian tinggi (IPT) bermotifkan Islamisasi, Nik Omar menegaskan pihak terbabit tidak memahami konsep dakwah.
“Sebahagian kita agak sensitif dengan kalimah dakwah sebagaimana Islamofobia, jadi kita nak memperjelaskan kepada umum bahkan kepada dunia, betapa kalimah dakwah tidak bermaksud untuk menghukum seseorang muslim ataupun kafir (bukan muslim).
“Bukan itu keutamaan kita. Keutamaan dalam dakwah termasuk di YADIM bukan untuk fokus kategori umat Islam ini (sama ada) dia mukmin atau fasik atau munafik ataupun berjiwa kafir, tidak. Itu pendekatan yang jauh daripada apa yang nabi Muhammad saw bawa.
“Kita nak perjelaskan kepada dunia akan nikmat kehidupan jika seseorang itu memahami Islam yang dibawa nabi Muhammad saw. Kita nak perjelaskan kepada dunia dengan saluran dakwah ini bahawa non-muslim juga apabila faham Islam yang sebenar, walaupun tidak menerima Islam sebagai sistem hidup, dia tetap boleh hidup dalam keadaan aman dan sejahtera,” kata Nik Omar menjelaskan isu yang pernah dijawab YADIM menerusi kenyataan akhbar sebelum ini.
Sebaliknya, Yang Dipertua YADIM itu menjelaskan RSY bertujuan memupuk suasana harmoni dalam kalangan mahasiswa berbilang kaum dengan menghormati intelektual pelajar sebagai individu yang mempunyai pemikiran dan pilihan sendiri.
Terdahulu, Nik Omar mengumumkan mengenai pencapaian YADIM pada tahun lalu, antaranya mengadakan pemantapan struktur organisasi, meluaskan inisiatif dakwah dan kebajikan dan pengukuhan jaringan antarabangsa, termasuk menjalinkan kerjasama dengan Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia.
Mengulas mengenai hala tuju YADIM pada 2020, Nik Omar berkata antara program dirancang adalah membangunkan pelan pembangunan dakwah komprehensif, mempelopori inisiatif pengkaderan dan latihan belia ke arah melahirkan Tekno Dai’e dan menggalakkan dialog silang budaya dalam negara.
Beliau berkata YADIM juga merancang menubuhkan pasukan Sukarelawan Ar-Rahmah di 222 kawasan Parlimen di seluruh negara, penganjuran Kembara Rahmah YADIM, pembangunan aplikasi pintar dakwah, pembangunan NGO-i dan mewujudkan kerjasama dakwah antarabangsa.
Antara yang dirancang bagi memperkukuh kerjasama dakwah antarabangsa adalah menganjurka Multaqa Ulama Sedunia 2020 pada hujung tahun ini yang akan menjadi platform bagi ulama dan sarjana Islam memperhalusi isu-isu dibangkitkan di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang lalu. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.