KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata ekonomi Malaysia akan kembali pulih selepas krisis COVID-19 berakhir, namun ia dijangka mengambil masa yang lama kerana asas ekonomi negara perlu dibina semula.
Justeru itu, katanya, semua pihak dan rakyat Malaysia perlu bangkit dan bekerja lebih kuat bagi memastikan ekonomi negara dapat dipulihkan dengan segera.
“Ekonomi kita akan pulih apabila kita tidak lagi tersekat dalam menjalankan kerja-kerja kerana wabak ini.
“Kita dapati tabiat-tabiat bekerja itu berkurangan dan kita perlu bangunkan diri kita sendiri untuk bekerja lebih kuat kerana dengan bekerja kuatlah kita dapat pulihkan ekonomi negara kita dengan lebih cepat,” kata beliau.
Dr Mahathir berkata demikian semasa menjawab soalan menerusi segmen ‘Apa Nak Tanya’ yang diadakan secara langsung (live) di laman Facebook dan Instagram @chedetofficial, hari ini.
Beliau meluangkan masa hampir sejam bagi menjawab 20 soalan termasuk isu berkaitan COVID-19 serta tips kehidupan peribadinya daripada para pengikut laman media sosial beliau.
Negarawan itu juga menasihati rakyat Malaysia supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac hingga 14 April ini bagi meratakan lengkung dan memutuskan rantaian wabak tersebut.
“Berapa lama masa diambil untuk pulih, terpulang kepada kita, kalau kita ikut PKP, lebih cepat kita kembali kepada aktiviti harian kita,” kata Dr Mahathir.
Apabila ditanya mengenai impak COVID-19 terhadap ekonomi global, beliau berkata: “Dahsyat, ini sangat dahsyat.”
Beliau seterusnya menjelaskan bahawa pandemik itu memperlahankan akvitivi ekonomi sehingga menjejaskan kerja dan produktiviti rakyat.
“…apabila orang tidak keluar bekerja, mereka tidak produktif, tidak memberikan apa-apa, tidak membantu perniagaan dan oleh itu mereka tidak menjana kekayaan,” kata Dr Mahathir.
Beliau berkata industri pelancongan turut terjejas dengan larangan perjalanan dikenakan oleh banyak negara sehingga mengakibatkan pembatalan penerbangan dan tempahan hotel, justeru membawa kepada kesulitan ekonomi.
“Susulan pandemik, pelancong tidak boleh pergi ke mana-mana, Keseluruhan industri pelancongan menderita. Hotel, restoran, bekalan dan semua orang akan menderita,” katanya. — BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests