Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ELAK SENTUH KEDUDUKAN RAJA-RAJA DALAM WACANA PERBAHASAN POLITIK – PM ANWAR

DALAM NEGARA

ELAK SENTUH KEDUDUKAN RAJA-RAJA DALAM WACANA PERBAHASAN POLITIK – PM ANWAR

SEKINCHAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak tidak menggunakan hal kedudukan dan martabat Raja-Raja Melayu sebagai bahan wacana perbahasan politik yang tidak sihat. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) melawat tapak gerai jualan Agro MADANI pada Majlis Program Sentuhan Agro MADANI Peringkat Negeri Selangor di Sekinchan, hari ini. — Bernama

SEKINCHAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak tidak menggunakan hal kedudukan dan martabat Raja-Raja Melayu sebagai bahan wacana perbahasan politik yang tidak sihat. 

Beliau berkata institusi diraja negara ini seharusnya dipelihara dan disanjung oleh semua golongan. 

Justeru Perdana Menteri meminta rakyat meneliti pendakwaan yang dikenakan terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini di bawah Akta Hasutan 1948 dan menghormati proses yang dijalankan oleh mahkamah. 

“Saya minta orang teliti apa pendakwaannya, yang pertama apa (laporan polis oleh) Dewan Diraja Selangor dan kemudian apa alasan Peguam Negara bagi pendakwaan setelah siasatan polis,” kata beliau kepada media selepas merasmikan Program Sentuhan Agro MADANI Peringkat Negeri Selangor di sini hari ini.

Terdahulu, Muhammad Sanusi mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang hari ini, atas dua pertuduhan iaitu menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lepas. 

Lagi menyusul. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading