Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BEKAS JURULATIH HARIMAU MALAYA, B. SATHIANATHAN MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER

DALAM NEGARA

BEKAS JURULATIH HARIMAU MALAYA, B. SATHIANATHAN MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER

KUALA LUMPUR: Arena bola sepak negara menerima perkhabaran duka berikutan pemergian bekas pengendali skuad Harimau Malaya B. Sathianathan yang meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), hari ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam Persatuan Bola Sepak (FAM) Christopher Raj ketika mengesahkan perkara itu berkata Sathianathan, 65, menghembuskan nafas terakhir pada 1.25 tengah hari ini.

“Beliau melawan kanser selama hampir setahun dan mendiang sebenarnya sudah berada di hospital sekitar dua hingga tiga bulan lepas.

“Saya akan maklumkan butiran mengenai upacara pengebumian nanti, kerana kami kini berada di hospital untuk menguruskan jasadnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

LAGI MENYUSUL. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading