BATU PAHAT: Bagi sepasang suami isteri, tiada yang lebih membahagiakan selain melihat keempat-empat anak mereka bersanding serentak dan menyambut kesemua menantu dalam satu majlis yang amat meriah di Taman Bistari, Tongkang Pechah di sini hari ini.
Pasangan suami isteri, Mazlan Muskon (lima, kanan) dan Misnah Sulaiman (lima, kiri) bergambar bersama empat anak mereka dan pasangan masing-masing setelah mereka memilih untuk melangsungkan majlis persandingan secara serentak di Taman Bistari, Tongkang Pechah. – Bernama
BATU PAHAT: Bagi sepasang suami isteri, tiada yang lebih membahagiakan selain melihat keempat-empat anak mereka bersanding serentak dan menyambut kesemua menantu dalam satu majlis yang amat meriah di Taman Bistari, Tongkang Pechah di sini hari ini.
Itulah perasaan Mazlan Muskon, 56, dan Misnah Sulaiman, 51, apabila empat anak mereka membuat keputusan untuk mengadakan satu majlis sahaja bagi meraikan perkahwinan masing-masing kerana mahukan kenduri yang lebih meriah selain ingin berjimat.
“Ternyata majlis jadi lebih meriah apabila ramai yang hadir, bukan sahaja kenalan dan keluarga kami malah pihak pasangan keempat-empat anak saya juga hadir,” kata Mazlan kepada pemberita semasa majlis perkahwinan itu di kediamannya di sini.
Katanya langkah itu dapat menjimatkan kos keseluruhan majlis seperti mendapatkan khidmat untuk pelamin, katering dan jurugambar.
Mazlan dan Misnah sentiasa menerapkan konsep berjimat kepada anak-anaknya dengan menggalakkan mereka menabung sejak kecil lagi.
“Malah sebahagian perbelanjaan untuk majlis perkahwinan ini turut ditampung oleh duit tabungan yang mereka kumpul semenjak awal lagi (dari kecil).
“Sekitar RM40,000 dapat dijimatkan apabila majlis ini dilaksanakan serentak,” kata Mazlan.
Muhammad Amiruddin Mazlan, 25, pula berkata beliau dan adik-adiknya telah merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan mereka secara serentak sejak Mei tahun lepas serta bersyukur ia dapat dilaksanakan.
Bagaimanapun, anak sulung daripada empat beradik tu berkata antara cabaran yang dihadapi mereka ialah mendapat kesepakatan dalam memilih tema pakaian, pelamin dan tarikh untuk bersanding.
“Pada mulanya, agak sukar untuk memilih tarikh kerana cuti masing-masing berbeza namun akhirnya kami sepakat memilih hari ini kerana cuti sempena Tahun Baharu Cina,” kata pekerja kilang itu.
Selain Muhammad Amiruddin dan pasangannya, Siti Nur Shahiera Mas Dery, 27, majlis itu menyaksikan persandingan Muhammad Fahmi Fakhruddin, 23, bersama pasangan Siti Aishah Sabtu, 24; Muhammad Erwan Azharizam, 22 bersama pasangan Wan Nur Hayati Meor Ahmad, 23, dan adik bongsu mereka iaitu Nur Aisyah Azrina, 21, bersama pasangan Muhammad Aidiel Ashraff Khairul Nizam, 24.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon, yang hadir pada majlis itu, menyifatkan ia suatu inisiatif yang unik.
Beliau berkata selain amat meriah dan menjimatkan kos, majlis itu menjadi kenangan yang bermakna buat ahli keluarga berkenaan.
“Pada saya, ini adalah pengalaman pertama menghadiri majlis persandingan perkahwinan yang dijalankan serentak dengan empat pasangan sekali gus, bukan mudah untuk melaksanakannya kerana memerlukan kesepakatan dan semangat perpaduan daripada beberapa keluarga,” katanya. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked