Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT DEKAD MENABUR BAKTI SEBAGAI PETUGAS TABUNG HAJI

DALAM NEGARA

EMPAT DEKAD MENABUR BAKTI SEBAGAI PETUGAS TABUNG HAJI

Lebih 30 kali diberi kepercayaan untuk berkhidmat dalam operasi haji sejak empat dekad lepas, Pengurus Perkhidmatan Luar Tabung Haji (TH) Mohamad Zamry Mohd Noor berkata, keberkatan tugas bukan hanya terletak pada usaha, tetapi turut hadir daripada titipan doa ikhlas yang terbit daripada hati Duyufurrahman.

Pengalaman inilah yang dilalui oleh Pengurus Perkhidmatan Luar Tabung Haji (TH), Mohamad Zamry Mohd Noor, 60 tahun (tengah) yang telah lebih 30 kali diberi kepercayaan untuk berkhidmat dalam operasi haji sejak empat dekad lalu. (BERNAMA)

MAKKAH: Menggalas tanggungjawab sebagai petugas haji bukan sekadar satu tugasan biasa, sebaliknya ia menuntut komitmen yang tinggi, kesabaran luar biasa serta keikhlasan dalam menyantuni jutaan tetamu Allah, sepanjang musim ibadah haji.

Pengalaman inilah yang dilalui oleh Pengurus Perkhidmatan Luar Tabung Haji (TH) Mohamad Zamry Mohd Noor, 60, yang telah lebih 30 kali diberi kepercayaan untuk berkhidmat dalam operasi haji sejak empat dekad lepas.

Bagi beliau, keberkatan tugasan itu tidak hanya terletak pada usaha, tetapi turut hadir daripada sumber yang lebih halus iaitu titipan doa ikhlas yang terbit daripada hati Duyufurrahman, ketika selesai menyempurnakan rukun Islam kelima itu.

“Setiap kali jemaah hendak pulang, saya akan naik ke atas bas dan menyampaikan ucapan mewakili semua petugas. Saya ucapkan terima kasih atas kerjasama mereka, mohon maaf atas sebarang kekurangan dan kami sama-sama berdoa agar dipilih semula menjadi tetamu Allah pada tahun hadapan.

“Itu mungkin ucapan yang biasa, tapi saya percaya dalam kata-kata itu terselit doa mereka yang mustajab,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mohamad Zamry berkata bagi beliau, kejayaan seorang petugas bukan hanya diukur pada sejauh mana tugasan selesai, tetapi bagaimana mereka menyantuni jemaah dengan penuh amanah dan kasih sayang.

“Kita perlu jujur, amanah dan mesra dengan jemaah. Mereka ini tetamu Allah dan bila kita ikhlas, mereka mendoakan kita tanpa kita sedar, dan itulah yang saya rasa membawa saya kembali hampir setiap tahun ke Tanah Suci sebagai petugas haji,” katanya.

Pernah memegang amanah sebagai Pengarah Operasi Masyair yang meliputi Arafah, Muzdalifah dan Mina pada musim haji 1445H/2024M, Mohamad Zamry berkata pelbagai peristiwa penting sepanjang empat dekad bertugas di Tanah Suci akan terus terpahat dalam ingatannya.

“Terlalu banyak kenangan yang tidak akan saya lupakan sepanjang bertugas termasuk ketika tragedi terowong Mina (1990), kebakaran khemah di Mina (1997) dan peristiwa kren tumbang di Masjidil Haram pada 2015, yang pada ketika itu saya berada dalam kawasan Masjidil Haram.

Beliau berkata musim haji tahun ini merupakan tugasan terakhirnya, selepas 40 tahun berkhidmat bersama TH dan berharap barisan pelapis akan meneruskan amanah itu dengan dedikasi serta memperkukuh kerjasama antara petugas dan jemaah demi kelancaran operasi haji. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading