PEGUAM MOHON AGC BUKA SEMULA KERTAS SIASATAN KES SIMBAH ASID FAISAL HALIM
Peguam yang mewakili Mohamad Faisal Abdul Halim memohon kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) agar membuka semula kertas siasatan terhadap kes simbah asid membabitkan pemain sayap sensasi Selangor FC berkenaan.
KAJANG: Peguam yang mewakili Mohamad Faisal Abdul Halim memohon kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) agar membuka semula kertas siasatan terhadap kes simbah asid membabitkan pemain sayap sensasi Selangor FC berkenaan.
Peguam Nik Zarith Nik Moustpha berkata pihaknya telah menyerahkan surat berkenaan kepada AGC pada 15 April lepas, namun setakat ini tiada lagi maklum balas daripada pihak terbabit.
Nik Zarith berkata pihaknya menerima satu surat daripada AGC pada 18 Feb lepas yang memaklumkan bahawa kes itu sudah diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lanjut (NFA).
“Surat itu menyatakan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dapat mengesan sebarang petunjuk yang boleh mengaitkan kes ini dengan mana-mana individu sebagai suspek dan segala usaha yang dijalankan bagi tujuan berkenaan tidak membuahkan hasil.
“Oleh itu, pihak kami menyerahkan surat kepada AGC untuk membuka semula kertas siasatan kes ini sebagai langkah proaktif bagi memastikan kes ini diberikan perhatian sewajarnya. Anak guam (Faisal) sentiasa bersedia sekiranya kertas siasatan dibuka semula,” katanya pada sidang media di firma guaman Mohd Ashraf, Nik Zarith & Co di sini hari ini.
Seorang lagi peguam yang mewakili Faisal, Mohd Haijan Omar berkata anak guamnya berasa kecewa dengan hasil siasatan kes itu, namun beliau memahami bahawa siasatan yang dijalankan adalah berdasarkan undang-undang.
“Anak guam berharap beliau mendapat keadilan kerana kecederaan yang dialami adalah serius serta meninggalkan trauma. Anak guam memaklumkan bahawa beliau tidak mengetahui punca kejadian itu kerana beliau tiada masalah dengan sesiapa,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Haijan berkata pihaknya juga akan berbincang dengan Faisal untuk langkah-langkah seterusnya termasuk memfailkan saman atau sebaliknya.
“Fokus kita sekarang adalah untuk mengenal pasti siapa pelakunya dan berharap pihak AGC membuka semula kertas siasatan kes ini,” kata peguam itu.
Pada 5 Mei tahun lepas, Faisal, 27, menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya, sekali gus mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian badan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 10 hari.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked