Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EMPAT SUSPEK BARU AKTIF SAMUN DITAHAN

DALAM NEGARA

EMPAT SUSPEK BARU AKTIF SAMUN DITAHAN

KLANG: Empat lelaki yang dipercayai baru dua minggu terlibat dengan kegiatan samun berjaya ditangkap polis pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, suspek pertama ditahan di sebuah rumah di Taman Sentosa pada 26 November lalu kira-kira jam 5.30 petang, manakala tiga lagi ditahan di sebuah rumah di Jalan Meru setengah jam kemudian.

“Semakan mendapati tiga daripada suspek memiliki rekod lampau berkait kes jenayah dan dadah.

“Siasatan awal mendapati tiga suspek mengaku terlibat dalam kes samun warga Nepal di Bayu Perdana, Klang pada hari yang sama sebelum suspek diberkas.

“Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kerugian wang tunai RM270, kad ATM dan dua telefon bimbit,” katanya.

Pihak polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia, sepasang pakaian celoreng Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), sehelai baju askar dan empat telefon bimbit.

Menurut Shamsul Amar, siasatan juga mengesahkan pakaian Rela itu dicuri daripada bapa saudara salah seorang suspek.

“Modus operandi suspek ialah menyewa kenderaan dan mensasarkan mangsa warga asing yang berjalan di kawasan sunyi untuk melakukan samun,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek berusia lingkungan 18 hingga 27 tahun kini direman enam hari sehingga Rabu depan untuk siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading