Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ENAM ANGGOTA POLIS PERAK DITAHAN DI PUSAT HIBURAN

DALAM NEGARA

ENAM ANGGOTA POLIS PERAK DITAHAN DI PUSAT HIBURAN

Kesemua anggota berkenaan ditemukan berada bersama seorang wanita warga Indonesia di premis itu, malah pemeriksaan lanjut mendapati seorang daripada anggota terbabit positif alkohol dan seorang daripada mereka positif dadah.

IPOH: Enam anggota polis Perak ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Bercham Jaya di sini pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan berhubung penahanan itu, namun tidak mendedahkan dengan lebih lanjut.

“Ia masih dalam siasatan pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman serta polis Perak,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Media melaporkan ketika serbuan dijalankan pada 11.30 malam, kesemua anggota berkenaan ditemukan berada bersama seorang wanita warga Indonesia di premis itu, malah pemeriksaan lanjut mendapati seorang daripada anggota terbabit positif alkohol dan seorang daripada mereka positif dadah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzilah Abdul Halim ketika dihubungi berkata seorang daripada anggota polis terbabit, ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan minuman yang memabukkan.

“JAIPk dipanggil menyertai operasi yang bermula pada pukul 9 malam dan berakhir pada 4 pagi bagi membuat pemeriksaan,” katanya.

Harith Fadzilah berkata JAIPk menjalankan siasatan dan tindakan berhubung kesalahan itu di bawah Seksyen 59 Enakmen Jenayah Syariah Perak (EJSPK) 1992.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading