Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ENAM TENTERA, 20 TERBUNUH DI TENGAH FILIPINA

DUNIA

ENAM TENTERA, 20 TERBUNUH DI TENGAH FILIPINA

MANILA: Sekurang-kurangnya enam tentera Filipina terbunuh dan 20 lagi cedera dalam pertempuran di antara pasukan keselamatan dan pemberontak di wilayah timur Samar di tengah Filipina.

Agensi berita Xinhua yang memetik polis melaporkan pemberontak Tentera Rakyat Baru (NPA) turut terbunuh dalam pertempuran 30 minit itu, kira-kira jam 5 petang waktu tempatan pada Isnin ketika tentera menjalankan operasi di Pinana-an, sebuah kampung di bandar Borongan di wilayah Samar.

Pihak polis melaporkan enam bom buatan sendiri berjaya dimatikan sebelum pertempuran meletus.

Setakat ini, tentera Filipina belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte sebelum ini memerintahkan tentera untuk menamatkan pemberontakan NPA menjelang tahun 2022.

Pemberontak NPA menentang kerajaan Filipina sejak 1969 dengan serangan tertumpu di kawasan luar bandar. — Agensi


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading