Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

EXCO PAHANG ANTARA 10 MAUT NAHAS PESAWAT TERHEMPAS DI ELMINA

DALAM NEGARA

EXCO PAHANG ANTARA 10 MAUT NAHAS PESAWAT TERHEMPAS DI ELMINA

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun antara 10 mangsa terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.

KUALA LUMPUR: Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun antara 10 mangsa terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.

ARTIKEL BERKAITAN – 10 MAUT DALAM NAHAS PESAWAT TERHEMPAS DI ELMINA

Difahamkan Johari yang juga Ketua UMNO bahagian Bentong dalam penerbangan dari Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman memuat naik ciapan mengucapkan takziah atas kehilangan Allahyarham.

“Pada petang ini, satu berita tergempar membabitkan nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam. Amat mendukacitakan apabila melibatkan seorang kawan saya, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun, EXCO Pahang yang juga ADUN Pelangai di bawah Parlimen Bentong.

“Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja dua hari lepas, saya bersama Allahyarham Datuk Seri Jo berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan direncanakan kelak,” katanya dalam satu ciapan di X, hari ini.

Terdahulu Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan seramai 10 lelaki dipercayai warga tempatan maut dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: 10 MAUT DALAM NAHAS PESAWAT TERHEMPAS DI ELMINA – ALHIJRAH ONLINE

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading