KES NIK ELIN: MAIWP DIBENARKAN BERHUJAH, MOHON PETISYEN DITOLAK
KUALA LUMPUR: Permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menjadi sahabat mahkamah (amicus curae) di dalam kes Nik Elin Zurina Lawan Kerajaan Negeri Kelantan telah dibenarkan Mahkamah Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
KUALA LUMPUR: Permohonan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk menjadi sahabat mahkamah (amicus curae) di dalam kes Nik Elin Zurina Lawan Kerajaan Negeri Kelantan telah dibenarkan Mahkamah Persekutuan.
Kebenaran itu akan membolehkan MAIWP berhujah bagi menyatakan pendirian terhadap kes tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata kebenaran untuk MAIWP berhujah ini membawa efek sama seperti sekiranya MAIWP dijadikan sebagai Pencelah di dalam kes ini.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) telah mengambil maklum akan Pendengaran kes Nik Elin Zurina Lawan Kerajaan Negeri Kelantan di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya hari ini di mana Mahkamah Persekutuan telah mendengar hujahan secara lisan daripada pihak Pempetisyen dan juga Responden.
“Pendengaran kes ini akan disambung ke satu tarikh yang lain untuk mendengar hujahan daripada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan lain-lain pihak yang dinamakan sebagai sahabat mahkamah (amicus curae) dan pencelah.
“Hujahan secara bertulis juga telah difailkan oleh peguamcara yang dilantik oleh MAIWP untuk dijadikan pertimbangan oleh Mahkamah Persekutuanm,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Mohd Na’im antara hujahan utama yang MAIWP bangkitkan ialah kesalahan-kesalahan jenayah syariah yang dicabar oleh pihak pemohon ini tidak pun bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan kerana ianya adalah masih dalam kesalahan Syariah.
Selain itu kerajaan negeri adalah berkuasa untuk menggubal undang-undang Syariah yang dicabar tersebut sepertimana peruntukan Senarai II, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu Mohd Na’im berkata MAIWP juga telah memohon agar petisyen pemohon itu ditolak oleh mahkamah.
Untuk rekod Notis Usul bagi Kes Nik Elin Zurina Lawan Kerajaan Negeri Kelantan ini telah difailkan pada 25 Mei 2022.
Kebenaran untuk memulakan prosiding terhadap Kerajaan Negeri Kelantan telah kemudiannya diberikan oleh Mahkamah Persekutuan pada 30 September 2022, manakala petisyen bagi kes ini pula difailkan pada 13 Oktober 2022.
Pihak pemohon dalam kes ini telah mencabar keesahan beberapa peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 antaranya yang melibatkan kesalahan-kesalahan seperti Dakwaan Palsu, Liwat, Gangguan Seksual, Berjudi, Perbuatan Sebagai Persediaan Untuk Melakukan Maksiat, Perbuatan Sumbang Mahram, Muncikari dan lain-lain.
“Pokok cabarannya adalah bahawa kesalahan ini adalah dalam bidang kuasa Persekutuan dan tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengkanunkan undang-undang ini adalah di luar bidang kuasa negeri.” jelas Mohd Na’im.
Tambah Mohd Na’im Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan terus memantau perkembangan kes ini dari masa ke masa dan Kerajaan Perpaduan memberikan komitmen mendokong undang-undang syariah di Malaysia. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests