‘ADIK SAYANG MAMA,’ KATA-KATA TERAKHIR JURUTERBANG KEPADA IBU
Mahanum Ismail, 67, berkata sehingga kini, ayat yang diungkap oleh anak bongsu daripada dua beradik itu masih terngiang-ngiang ketika Shahrul Kamal menghubunginya semasa dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur pada 24 Julai lepas.
KLANG: “Adik sayang mama,” itulah kata-kata terakhir yang dilafazkan oleh juruterbang pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) Shahrul Kamal Roslan dalam perbualan bersama ibunya dua bulan lalu sebelum terlibat dalam nahas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam, petang semalam.
Mahanum Ismail, 67, berkata sehingga kini, ayat yang diungkap oleh anak bongsu daripada dua beradik itu masih terngiang-ngiang ketika Shahrul Kamal menghubunginya semasa dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur pada 24 Julai lepas.
“Dia anak yang sangat manja dan kali terakhir saya bercakap dengannya adalah semasa saya di hospital, sehari sebelum saya menjalani pembedahan… sebelum meletakkan telefon, dia memberitahu saya adik sayang mama,” katanya dalam keadaan sebak ketika ditemui di luar Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.
Warga emas itu yang kelihatan lemah kerana baru selesai menjalani pembedahan usus dan hempedu terpaksa beberapa kali berhenti bercakap dek terlalu sedih dengan nahas yang menimpa anaknya.
Beliau juga memaklumkan akan berbincang dengan ahli keluarga bagi pengurusan pengebumian sama ada jenazah anaknya itu disemadikan berhampiran kediaman keluarga mereka di Taman Melawati, Kuala Lumpur atau di tanah perkuburan Bukit Jelutong, Shah Alam yang berdekatan dengan rumah Shahrul Kamal.
Beliau meninggalkan seorang balu dan empat anak lelaki berusia lingkungan 3 hingga 12 tahun.
Shamsul Azizan Md Nasir, 62, pula berkata kehadiran beliau di pekarangan Jabatan Forensik HTAR adalah bagi mendapatkan kepastian sama ada penumpang bernama Khairil Azwan Jamaluddin adalah adik iparnya.
Beliau berkata adik iparnya adalah juruterbang peribadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pelangai Datuk Seri Johari Harun.
“Saya hanya inginkan kepastian sama ada beliau berada dalam pesawat atau tidak… Saya dah cuba hubungi adik saya tapi tak dapat,” katanya kepada pemberita.
Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki terkorban dalam nahas membabitkan pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina dekat sini petang tadi.
Beliau berkata lapan daripada mereka adalah terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu manakala dua lagi orang awam iaitu penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked