NAHAS PESAWAT: SUAMI PESAN KEBUMIKAN DI KAMPUNG HALAMAN
“Jika saya meninggal dunia, kebumikan saya di kampung halaman”, itu pesanan Khairil Azwan Jamaluddin, 43, yang merupakan antara yang tersenarai dalam senarai penumpang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam semalam.
KLANG: “Jika saya meninggal dunia, kebumikan saya di kampung halaman”, itu pesanan Khairil Azwan Jamaluddin, 43, yang merupakan antara yang tersenarai dalam senarai penumpang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam semalam.
Pesanan itu diberikan kepada isterinya Nizatul Akmar Mohd Nasir, 43, awal bulan ini ketika menyumbang kepada khairat kematian.
“Dia ada pesan supaya dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Mempaga, Bentong, Pahang jika meninggal dunia kerana mahu saya dan anak-anak pulang ke kampung untuk menziarah dan melawat keluarga.
“Saya akan penuhi hasrat dia dan sudah tentu keluarga pun mahu begitu juga,” katanya ketika ditemui di luar Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini malam tadi.
Nizatul Akmar berkata sebelum penerbangan itu, suaminya menghubunginya pada pukul 1.40 tengah hari tadi memberitahu penerbangannya pada pukul 2 petang dan dijangka tiba kira-kira 4 petang serta memintanya supaya menjaga diri.
“Suami sangat teruja dengan penerbangan kali ini…selalunya jika dia bersama Datuk Seri Johari Harun dia akan mengendalikan helikopter selaku juruterbang peribadinya tapi kali ini dia sebagai penumpang. Tak sangka itu adalah panggilan terakhirnya,” katanya.
Beliau berkata suaminya merupakan seorang yang amat mengutamakan keluarga dan kebajikan ibu bapa serta adik-beradiknya.
Nizatul Akmar berkata pada mulanya beliau enggan mempercayai pesawat yang dinaiki suaminya terlibat dalam nahas itu dan berusaha untuk menghubungi individu yang menaiki penerbangan bersama suaminya tetapi gagal.
Beliau kemudian mengambil keputusan untuk menghubungi isteri Johari yang memberitahu pesawat dinaiki suami mereka terlibat dalam nahas itu.
“Saya bergerak ke sini dari Seremban selepas Maghrib tadi bagi tujuan pengecaman jenazah,” katanya.
Khairil Azwan meninggalkan tiga anak, kesemuanya lelaki berusia antara 10 hingga 14 tahun.
Nama Khairil Azwan dan Johari berada dalam senarai penumpang pesawat namun identiti mangsa perlu disahkan melalui proses forensik.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan tiada penumpang yang selamat.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked