Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putra Perdana hari ini.Turut sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri. – Foto BERNAMA
PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
mengingatkan kepada semua agar memahami sejarah supaya kesilapan lampau tidak
diulangi. Kemajuan boleh dikecapi dan
kekayaan negara diagihkan secara adil dan saksama sekiranya keamanan negara
terus terpelihara.
Beliau menambah, negara akan lebih maju sekiranya tiga kaum
utama di Malaysia bersama kaum-kaum di Sabah dan Sarawak dapat bertaut untuk
‘bekerja’, ‘tinggal’ dan ‘bermain’ bersama.
“Selagi kita ingat sejarah kita dan liku-liku yang dijalani negara
kita, maka negara kita akan terus aman. Apabila ia aman, kemajuan dapat dicapai
dan kekayaan diagih antara semua kaum,” katanya semasa perjumpaan bersama warga
Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, yang pertama pada tahun ini.
Menurut laporan Sinar Harian, Dr Mahathir turut mengingatkan
bahawa rusuhan atas faktor perkauman seperti yang berlaku pada tahun 1969 tidak
akan membawa apa-apa faedah kepada sesiapapun.
Justeru itu beliau mengingatkan semua pihak termasuk pegawai
kerajaan dan ahli politik perlu tahu segala sejarah negara, dengan memetik
kata-kata ahli falsafah terkenal George Santayana “sesiapa yang melupakan
sejarah akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali.”
Walaupun kini tiada rusuhan, namun masih terdapat perpisahan
antara kaum dan ini tidak selamat untuk negara.
Menurutnya, Malaysia bertuah kerana pemimpin semua kaum
bersetuju untuk bersama-sama membangunkan negara selepas mencapai kemerdekaan
berbanding negara lain yang tidak mahu menerima kehadiran kaum dari negara
lain.
Katanya, di sesetengah negara, mereka yang menganggap diri
mereka sebagai orang asal negara itu tidak senang hati dengan kaum lain yang
dikatakan kaum pendatang dan apabila kemerdekaan dicapai, kaum yang bukan
terdiri daripada anak watan dihalau keluar.
Manakala di negara yang tidak mempunyai masalah perkauman
pula, perpisahan antara golongan miskin dan kaya yang begitu ketara juga telah
mencetuskan perbalahan sehingga berlaku rusuhan, katanya.
Kerana itulah kerajaan menumpukan usaha untuk membasmi
kemiskinan terutamanya dalam kalangan bumiputera yang ramai hidup dalam
kemiskinan di luar bandar berbanding mereka yang tinggal di bandar dengan
kemudahan serba mencukupi.
Dr Mahathir berkata Malaysia bertuah kerana mencapai
kemerdekaan tanpa melalui peperangan atau rusuhan dan pentadbiran negara
diambil alih oleh pemimpin yang mempunyai pengalaman bekerja dengan penjajah
British.
Beliau berkata di kebanyakan negara yang diambil oleh
pemimpin yang menang atas dasar peperangan, kemajuan tidak dicapai dengan baik
kerana mereka tidak memiliki ilmu dalam pentadbiran negara.
“Oleh kerana mereka tidak mempunyai pengalaman dalam bidang
pentadbiran, biasanya kita lihat negara mereka tak ditadbir dengan baik, maka
kerap kali terjadi pemerintahan kuku besi,” katanya.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager