FARIDZUAN, SHAFIYAH TERSINGKIR PADA SUKU AKHIR AKADEMI QURRA’

KUALA LUMPUR: Perjalanan dua peserta pertandingan realiti Akademi Qurra’ terbitan TV AlHijrah, terhenti pada peringkat suku akhir.

Peserta tersebut merupakan Tilmiz Faridzuan dan Tilmizah Shafiyah.

Tilmizah Shafiyah atau Aina Shafiyah Selamat, 22, merupakan pelajar di bawah Mudarrisah Sofizah Mousin manakala Tilmiz Faridzuan atau Muhammad Nur Faridzuan Basar, 20, di bawah Mudarris Ammar Mukhlis.

Ini bermakna tujuh peserta iaitu Tilmiz Akasyah, Tilmiz Zuhdi, Tilmiz Saifullah, Tilmiz Fahmi, Tilmizah Maghfirah, Tilmizah Nazhirah dan Tilmizah Nooraini akan mara ke peringkat separuh akhir pada minggu hadapan.

Sementara itu Tilmiz Akasyah atau Muhammad Akasyah Md Yunos, 18, dipilih untuk menerima Anugerah Alunan Terindah pada minggu ini.—AlHijrah Online

Leave a Reply