Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JAKIM TIDAK TERLIBAT URUSAN TAULIAH MENGAJAR AGAMA

DALAM NEGARA

JAKIM TIDAK TERLIBAT URUSAN TAULIAH MENGAJAR AGAMA

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan bahawa badan itu campur tangan dalam prosedur memberi tauliah mengajar agama Islam, sedangkan perkara itu di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri.

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan bahawa badan itu campur tangan dalam prosedur memberi tauliah mengajar agama Islam, sedangkan perkara itu di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri.

Dalam kenyataannya, JAKIM melalui Unit Komunikasi Korporat turut memaklumkan, undang-undang, peraturan dan prosedur juga ditetapkan di bawah pihak berkuasa negeri, dan bukannya JAKIM mahu pun pihak Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).

Sehubungan itu, menurut JAKIM, semua pihak perlu akur dan menghormati sebarang ketetapan yang sudah diputuskan pihak berkuasa agama Islam di peringkat negeri.

“JAKIM mengambil perhatian terhadap isu tauliah mengajar agama Islam yang hangat diperkatakan di media ketika ini.

“Terdapat dakwaan mengaitkan isu tauliah ini membabitkan campur tangan pihak pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) dan JAKIM.

“Jadi, kita menafikan perkara itu kerana tidak pernah mencampuri urusan pengeluaran tauliah mengajar agama Islam di negeri seperti didakwa.

Menurut JAKIM lagi, proses pentauliahan mengajar sudah diputuskan pihak berkuasa agama Islam pada peringkat negeri dan semua pihak perlu menghormatinya. -Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading