FESTIVAL MUZIK AIR RAIN RAVE ACARA PELANCONGAN, DIANJUR SECARA TERSUSUN, PEMANTAUAN KETAT – TIONG
Penganjuran acara itu selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) yang bertujuan merangsang ekonomi bandar Kuala Lumpur, memacu industri pelancongan serta menyokong peniaga kecil dan sederhana.
Sumber Gambar: Facebook Datuk Seri Tiong King Sing
KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Pekerja Sedunia bersama Festival Muzik Air Rain Rave yang dijadual berlangsung dari 30 April hingga 2 Mei depan di Bukit Bintang merupakan acara pelancongan tahunan yang dianjurkan secara tersusun di bawah pemantauan ketat.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata penganjuran acara itu selaras dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) yang bertujuan merangsang ekonomi bandar Kuala Lumpur, memacu industri pelancongan serta menyokong peniaga kecil dan sederhana.
Beliau berkata acara itu dianjurkan secara berskala sederhana dengan matlamat menyediakan platform interaksi yang positif, sihat dan inklusif kepada peserta tempatan dan antarabangsa, khususnya sempena Hari Pekerja.
“Saya mengecam keras beberapa hantaran berunsur hasutan dan fitnah di media sosial Threads oleh pihak tertentu yang sengaja mencetuskan kekeliruan, serta tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.
“Kenyataan berkenaan telah memutarbelitkan sifat dan tujuan acara, sekali gus mencipta naratif yang mengelirukan serta mengaburi pandangan umum,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Tiong berkata orang ramai berhak menyuarakan pandangan, namun ia perlu berasaskan fakta dan bukannya hasutan atau manipulasi persepsi yang boleh membangkitkan emosi serta menggugat keharmonian masyarakat.
Sebagai perbandingan, beliau berkata acara berskala besar seperti Songkran di Thailand telah lama berjaya menarik pelancong serta menjana pulangan ekonomi yang besar kepada negara itu.
“Setiap tahun, ramai rakyat Malaysia turut ke Thailand untuk merasai pengalaman budaya tersebut, yang memberi kesan positif kepada kemasukan pelancong dan aktiviti ekonomi,” katanya.
Beliau berkata usaha mencetuskan kontroversi atau memutar belit fakta hanya akan menjejaskan usaha pemulihan ekonomi dan kestabilan sosial negara.
Dalam keadaan ekonomi global yang masih tidak menentu, katanya, sektor pelancongan memainkan peranan penting dalam merangsang perbelanjaan, menyokong kehidupan rakyat serta memperkukuh daya tahan industri.
Tiong turut menafikan dakwaan bahawa peserta diwajibkan memakai pakaian mencolok mata, sebaliknya menegaskan acara itu dianjurkan berlandaskan nilai masyarakat serta kerangka undang-undang negara.
“Malaysia sebagai negara majmuk perlu terus bergerak ke hadapan dengan mengekalkan keseimbangan antara pembangunan ekonomi dan tanggungjawab sosial, tanpa terperangkap dalam konflik tidak berfaedah,” katanya.–BERNAMA
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests