SHAH ALAM – Beberapa persatuan pengguna menyambut baik langkah
kerajaan mengambil alih konsesi lebuh raya sebagai langkah pertama ke
arah menghapuskan mekanisme kutipan tol dan digantikan dengan kaedah
lain.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd
Yusof Abdul Rahman berkata, langkah tersebut merupakan satu usaha
penting untuk menghapuskan sepenuhnya tol di negara ini.
“Fomca
mengalu-alukan usaha kerajaan untuk menunaikan janji namun kebimbangan
utama kami ialah penyelengaraan lebuhraya terus dilakukan supaya tidak
menjejaskan pengguna,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini
hari ini.
Semalam, kerajaan mengumumkan sudah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi lebuh raya sebagai langkah pertama ke arah menghapuskan mekanisma kutipan tol.
Menerusi
kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri rundingan itu ia
membabitkan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik
KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.
Dengan
kejayaan pengambilalihan itu, kerajaan bercadang menghapuskan mekanisme
kutipan tol sedia ada, dan sebagai ganti caj kesesakan akan
diperkenalkan.
Melalui inisiatif yang akan diperkenalkan itu, pengguna lebuh raya hanya akan dikenakan bayaran caj kesesakan yang sama dengan kadar tol sedia ada untuk waktu puncak selama enam jam sehari.
Kadar
tol akan dihapuskan sama sekali pada waktu ‘off-peak’ antara iaitu jam
11 malam dan 5 pagi yang mana penggunaan lebuh raya adalah percuma dan
pengguna juga akan menikmati diskaun 30 peratus berbanding kadar tol
sedia ada bagi penggunaan waktu biasa.
Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada harga barang akan turun, Mohd Yusof berkata, pelaksanaan mekanisme baharu itu tidak melibatkan lebuhraya yang utama iaitu Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).
“Kemungkinan akan ada
sedikit sahaja impak daripada pelaksaan kaedah baharu ini namun tidak
begitu besar melainkan ia turut diperluaskan kepada PLUS,” ujar beliau.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, langkah kerajaan adalah permulaan untuk mengotakan janji kepada rakyat di negara ini yang mengharapkan agar tol dihapuskan sepenuhnya.
“Kita alukan langkah ini cuma sebagai pengguna kita
mahu kemudahan ini ditambah dan kalau diikutkan janji kerajaan lebih
banyak lagi tapi tidak apa ini permulaaan langkah kerajaan mengotakan
janji namun pengguna kita juga kena faham juga sebab hendak hapuskan tol
ini bukan mudah,” jelas beliau.
Mengenai penurunan harga barang, beliau berkata, peniaga di negara ini tidak akan berbuat demikian dan diibaratkan seperti kucing memanjat pokok yang sukar hendak turun apabila sudah naik ke atas.
“Ini tidak akan berlaku kerana sudah menjadi resam peniaga kita dan tabiat semula jadi mereka, jika minya diberikan percuma pun harga barang tidak akan turun, macam kucing panjat pokok,” katanya. – SINAR ONLINE
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.