Hampir 500 orang berkumpul di hadapan IPD Ipoh bagi mendesak lelaki hina Rasulullah segera diambil tindakan.
IPOH – Hampir 500 orang berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini, malam tadi, bagi mendesak lelaki warga emas yang menghina Nabi Muhammad SAW menerusi karikatur jelek segera dihadapkan ke muka pengadilan.
Keadaan itu memaksa polis menutup Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab
hampir sejam bagi mengelakkan sebarang insiden berlaku sepanjang
himpunan itu berlangsung bermula jam 9 malam.
Insiden yang pada mulanya ‘panas’ berjaya ditenangkan apabila Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby memberi cadangan kepada orang ramai untuk menghantar tiga wakil bagi membuat laporan polis.
Presiden Jaringan Bersatu Sahabat Perak (Jabat), Amiruddin Mohd Daud berkata, himpunan itu adalah inisiatif anak Perak yang sayangkan Islam dan menyatakan rasa tidak puas hati apabila pelakunya dibebaskan segera dengan jaminan polis dalam tempoh yang singkat.
“Kita tidak jangka seramai ini yang hadir dan ia menunjukkan bahawa isu ini sangat besar dan mendalam terhadap umat Islam. Mereka yang hadir ini berasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku.
“Saya lihat ada
sikap ‘double standard’ dalam mengambil tindakan terhadap mereka ini.
Kita mohon polis dan menteri yang menjaga agama supaya tengok-tengokkan
isu sensitif ini agar tidak berulang hingga menggugat keharmonian dalam
negara,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab terpaksa ditutup selepas hampir 500 orang mula berkumpul di jalan raya di hadapan IPD Ipoh, semalam.
Menurutnya, dia juga tidak menafikan satu perhimpunan besar akan diadakan sekiranya isu itu dipandang sebelah mata.
“Kita
hanya menunggu tindakan selanjutnya, sekiranya ada yang buat lebih
besar kita akan turut serta. Ramai rakan-rakan memaklumkan mereka lebih
bersedia, apa nak jadi, jadilah.
“Bagaimanapun, kita turut merancang untuk menghantar surat kepada Majlis Raja-Raja untuk mendengar rintihan rakyat serta serahkan sepenuhnya untuk tindakan selanjutnya (membabitkan agama Islam),” katanya.
Rabu lalu, lelaki yang
menggunakan nama Facebook Foo Sing Wai yang ditahan kerana menghina Nabi
Muhammad SAW menerusi Facebook telah dibebaskan dengan jaminan polis
selepas tiga hari ditahan.
Lelaki berusia 68 tahun itu sebelum ini mencetuskan kemarahan umat Islam selepas memuat naik karikatur menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aishah. – SINAR ONLINE
Mohd Ali menggunakan pendekatan diplomasi bagi meredakan ketegangan pihak yang berhimpun depan IPD Ipoh, semalam.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked