Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JADIKAN WAQAF JENAMA DALAM KELUARGA: FUZIAH

DALAM NEGARA

JADIKAN WAQAF JENAMA DALAM KELUARGA: FUZIAH

KUALA LUMPUR : Demi menggalakkan sumbangan masyarakat, kerajaan akan menjadikan istilah ‘Waqaf’ satu ‘Jenama dalam Keluarga’ hingga terterap dalam minda setiap institusi keluarga.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Fuziah Saleh berkata inisiatif hendaklah diterapkan ke dalam jiwa anak-anak yang masih muda hingga masyarakat akhirnya akan terbiasa dengan platform amal, dengan itu menghidupkan semangat sumbangan dana.

“Wawasan kita adalah untuk membangunkan institusi waqaf sebagai jenama dalam keluarga supaya setiap umat Islam berpeluang mendapat pahala berterusan yang boleh dibawa ke akhirat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di ceramah, ‘Rejuvenation of Waqf: Towards Socio-Economic Empowermant’ di sini hari ini.

Fuziah menggesa orang ramai mengelakkan mentaliti konvensional yang waqaf hanya untuk tujuan membantu masjid, sekolah agama, dan perkuburan Islam.

Katanya, konsep waqaf berkembang semasa pemerintahan Kerajaan Ottoman di mana hospital, sekolah, jalan raya, makanan dan keperluan asas lain masyarakat disediakan.

Sejak penubuhan Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) pada 2004 dan Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) pada 2008, kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit, bersama Majlis-majlis Agama Islam Negeri untuk memajukan harta waqaf, kata Fuziah.

“Projek yang dimajukan untuk keperluan sosial seperti sekolah, rumah perlindungan, pusat haemodialisis dan institut agama bagi mualaf,” kata beliau.

Terdahulu, Fuziah turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum kerjasama antara YWM dengan Public Islamic Bank Bhd dalam kolaborasi kutipan waqf. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading