AS TAK PEGANG JANJI : ERDOGAN

ISTANBUL : Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata Amerika Syarikat (AS) tidak memenuhi janjinya dalam gencatan senjata di timur laut Syria yang dipersetujui minggu lalu.
Laporan Reuters memetik Erdogan berkata demikian dalam ucapannya selepas mengesahkan perjanjiannya dengan Rusia untuk menghapuskan pengganas puak Kurdish Syria di sempadan Turki.
“Pihak AS tidak menepati janji mereka sepenuhnya,” kata Erdogan dalam laporan stesen penyiar Turki NTV.
“Jika kita kompromi, kita akan membuka jalan kepada organisasi pengganas,” kata Erdogan. — Terjemahan AlHijrah Online