Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PROTES JALANAN DITERUSKAN SEKALIPUN PM LUBNAN LULUSKAN REFORMASI EKONOMI

DUNIA

PROTES JALANAN DITERUSKAN SEKALIPUN PM LUBNAN LULUSKAN REFORMASI EKONOMI

LUBNAN: Penunjuk perasaan di Lubnan menegaskan yang mereka akan meneruskan protes di jalanan selepas enam hari tunjuk perasaan walaupun kerajaan meluluskan pakej pembaharuan ekonomi.

Aljeera dalam laporannya hari ini berkata penunjuk perasaan telah mengisytiharkan mogok umum, menunjukkan isyarat jelas yang mereka menolak langkah diluluskan Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri pada Isnin lalu.

Antara pembaharuan diluluskan ialah pengurangan 50 peratus gaji bagi bekas ahli politik dan menteri, ahli politik dan menteri serta penghapusan Kementerian Penerangan dan beberapa institusi lain selain penubuhan panel anti-rasuah.

Hariri juga bersumpah bahawa tiada cukai baharu akan dikenakan tetapi bagi penunujuk perasaan ia terlalu sedikit dan terlalu lewat.

Protes jalanan yang terbesar dalam sejarah Lubnan sejak beberapa tahun ini berlaku pada Khamis lalu berikutan rancangan kerajaan mengenakan cukai, sekali gus melebarluaskan tuntutan rakyat supaya ahli politik meletak jawatan. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading