Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GAZA: BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS, TIGA PESAKIT DI HOSPITAL NASSER MENINGGAL DUNIA

DUNIA

GAZA: BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS, TIGA PESAKIT DI HOSPITAL NASSER MENINGGAL DUNIA

Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan mengenai keadaan menyedihkan di hospital itu dengan dua wanita terpaksa bersalin dalam keadaan serba kekurangan akibat kekurangan kemudahan penting seperti elektrik, air, makanan dan alat pemanas.

Gambar fail: AFP

KHAN YUNIS: Tiga pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Nasser di Khan Yunis, selatan Gaza, meninggal dunia pagi ini akibat gangguan bekalan elektrik di tengah-tengah pengepungan berterusan Israel ke atas hospital itu, menurut sumber perubatan.

Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan mengenai keadaan menyedihkan di hospital itu dengan dua wanita terpaksa bersalin dalam keadaan serba kekurangan akibat kekurangan kemudahan penting seperti elektrik, air, makanan dan alat pemanas.

Sumber itu berkata bahan api semakin berkurang dan sekatan Israel menimbulkan ancaman kepada nyawa pesakit dan kanak-kanak di kompleks hospital itu.

Pentadbiran hospital menggesa semua institusi antarabangsa segera campur tangan untuk menyelamatkan mereka yang berada di kompleks perubatan berkenaan.

Terdahulu pada Khamis, tentera pendudukan Israel memaksa pentadbiran Kompleks Perubatan Nasser supaya memindahkan semula 95 profesional penjagaan kesihatan, 11 keluarga, 191 pesakit dan 165 penjaga pesakit bangunan lama Nasser Building.

Serangan Israel di Gaza telah membunuh lebih daripada 28,000 orang dan menyebabkan kemusnahan besar-besaran serta kekurangan barangan keperluan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading