GAZA FREEDOM FLOTILLA DISERTAI CUCU NELSON MANDELA, GESA DUNIA SEKAT KAPAL ISRAEL BERLABUH
Mandla Mandela yang juga Ahli Parlimen Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), berkata pihak berkuasa tempatan juga perlu tegas dalam menolak dan membatalkan permit yang dimohon oleh Israel untuk berlabuh di pelabuhan mereka.
ISTANBUL: Cucu Nelson Mandela menyeru masyarakat dunia untuk terus memberi tekanan dan menyekat kapal milik Israel dari memasuki pelabuhan mereka bagi mencapai gencatan senjata dan menghentikan pengeboman di Gaza.
Mandla Mandela yang juga Ahli Parlimen Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), berkata pihak berkuasa tempatan juga perlu tegas dalam menolak dan membatalkan permit yang dimohon oleh Israel untuk berlabuh di pelabuhan mereka.
“Hari ini kami memanggil mereka yang bekerja di pelabuhan seluruh dunia untuk memastikan tiada produk atau barangan dan kapal dari Israel masuk melalui pelabuhan mereka.
“Kami ingin menyeru kepada masyarakat global, semua pelabuhan mesti membatalkan permit Israel masuk ke pelabuhan mereka supaya tidak boleh terus berdagang dengan bebas,” katanya ketika ditemui wartawan di Istanbul, Rabu.
Disember lepas, Malaysia telah memutuskan untuk menyekat dan melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di Malaysia.
Larangan kekal yang berkuat kuasa serta-merta itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengetepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.
Meskipun tindakan itu dilihat sebagai langkah yang “kecil”, ia mampu mengubah corak ekonomi Israel khususnya sekatan di pelabuhan-pelabuhan utama dunia.
“Kita telah melihat tindakan ‘kecil’ ini boleh dilakukan. Memandangkan kerajaan tidak melakukan tindakan secukupnya, kami sebagai aktivis kemanusiaan berupaya membawa perubahan yang diperlukan”, ujarnya lagi.
Cucu kepada Presiden pertama Afrika Selatan Nelson Mandela itu akan menyertai pelayaran menghantar bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) “Break The Siege: Mission To Gaza 2024” yang dijangka memulakan pelayaran pada 26 April (Jumaat).
Datuknya merupakan seorang aktivis antiaparteid dan ahli politik yang pernah dipenjarakan selama 27 tahun atas peranannya dalam menentang sistem aparteid yang merampas hak-hak kaum kulit hitam.
Beliau dipilih menjadi Presiden Afrika Selatan yang pertama yang terpilih secara demokratik menjadikan beliau presiden kulit hitam pertama negara itu.
Lapan belas warga Malaysia ketika ini menyertai masyarakat awam antarabangsa melakukan pelayaran menaiki flotila untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza melalui jalan laut berikutan situasi kemanusiaan yang teruk di rantau itu.
Mereka terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media.
Antara pengamal media Malaysia yang menyertai flotila itu ialah penulis yang juga wartawan penyiaran daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Muhammad Hafizuddin Mohd Yusof dan jurukamera Bernama TV Mohammad Nulhakim Jailan.
Aktivis dari 30 negara termasuk Malaysia kini berkumpul di Istanbul sejak 18 April untuk persiapan akhir sempena misi “Break the Siege: Freedom Flotilla Mission to Gaza 2024” itu. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked