Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GENCATAN SENJATA DI GAZA PENTING DEMI TAMATKAN PERTUMPAHAN DARAH

DALAM NEGARA

GENCATAN SENJATA DI GAZA PENTING DEMI TAMATKAN PERTUMPAHAN DARAH

Sumber Gambar: AFP

GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Ahad berkata “tanpa gencatan senjata, keamanan tidak akan wujud” ketika menyentuh mengenai situasi di Gaza.

Beliau membuat kenyataan itu semasa ucapan penutup pada sesi khas lembaga eksekutif WHO, di mana satu resolusi diterima pakai, menegaskan bahawa “semua pihak terlibat dalam konflik bersenjata mesti mematuhi kewajipan yang dikenakan ke atas mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa berkaitan dengan perlindungan orang awam dan kakitangan perubatan.”

Lembaga eksekutif sebulat suara menerima pakai resolusi yang membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza, menekankan keutamaan kesihatan sejagat dan peranan perkhidmatan kesihatan serta bantuan kemanusiaan ke arah perdamaian meskipun dalam situasi mencabar, lapor Agensi Anadolu.

Resolusi itu menyeru penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan “kadar segera, berterusan dan tanpa halangan,” termasuk akses untuk kakitangan perubatan.

Tedros mendesak semua negara anggota khususnya yang mempunyai pengaruh untuk bekerjasama dalam menamatkan konflik di Gaza secepat mungkin.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading