HAL KALIMAH ALLAH AKAN DIBAWA KE MKI – SULTAN SELANGOR
Soal penggunaan kalimah Allah akan dibawa kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada Ogos depan, sebelum diangkat kepada Majlis Raja-Raja pada Oktober nanti.
SHAH ALAM: Soal penggunaan kalimah Allah akan dibawa kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada Ogos depan, sebelum diangkat kepada Majlis Raja-Raja pada Oktober nanti.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah ia selaras dengan fungsi MKI yang bertanggungjawab menasihatkan Raja-raja Melayu dalam menambah baik tadbir urus agama Islam di peringkat Persekutuan.
Titah Sultan Sharafuddin cadangan itu dipersetujui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadap baginda di Istana Bukit Kayangan, di sini hari ini bagi menyembah taklimat berhubung keputusan kerajaan Malaysia yang menarik balik rayuan dalam kes Jill Ireland Iawan Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia di Mahkamah Rayuan sebelum ini.
“Dalam perbincangan tersebut, Beta selaku Pengerusi MKI telah menyuarakan pandangan yang juga dipersetujui oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa perkara itu perlu dibawa terlebih dahulu kepada MKI untuk dibincangkan.
“Beta percaya pandangan MKI adalah penting untuk dimajukan kepada Majlis Raja-Raja dalam menetapkan dasar muktamad berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia,” titah Sultan Selangor dalam kenyataan di sini hari ini.
Titah baginda memandangkan perkara itu melibatkan sensitiviti agama di Malaysia, isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, perlu dimuktamadkan dengan segera oleh pihak kerajaan Malaysia dengan penuh hikmah dan tanggungjawab.
Pada masa sama, Sultan Selangor turut menitahkan semua pihak tidak mempolitikkan, membangkitkan atau membahaskan isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini sehingga Majlis Raja-Raja membuat ketetapan muktamad berhubung isu itu.
Perkara itu, adalah untuk memastikan keharmonian hidup bermasyarakat di Malaysia kekal utuh demi menjamin kestabilan sosial dan ekonomi negara ini.
“Beta juga menyeru agar semua pihak menghormati peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kuasa Raja-Raja Melayu dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam.
“Penyelesaian bagi isu ini hendaklah dibuat dengan berhati-hati dengan berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan agama Islam sebagai agama Persekutuan tanpa memprejudis hak orang lain untuk menganut dan mengamalkan agama selain agama Islam dengan aman,” titah baginda. –-AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.