Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KALIMAH ALLAH: KETETAPAN MAJLIS RAJA-RAJA OKTOBER INI AKAN DIANGKAT SEBAGAI DASAR MUKTAMAD – PM

DALAM NEGARA

KALIMAH ALLAH: KETETAPAN MAJLIS RAJA-RAJA OKTOBER INI AKAN DIANGKAT SEBAGAI DASAR MUKTAMAD – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketetapan yang akan dibuat Majlis Raja-Raja, Oktober ini akan diangkat sebagai dasar muktamad untuk isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia.

Sumber Gambar: Selangor Royal Office

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ketetapan yang akan dibuat Majlis Raja-Raja, Oktober ini akan diangkat sebagai dasar muktamad untuk isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Malaysia.

Beliau berkata isu berkait keputusan kerajaan dalam kes Jill Ireland itu telah dipersembahkan kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, katanya ketika sesi menghadap, baginda antara lain bersetuju membawa perkara itu untuk dibincangkan dalam MKI, Ogos ini sebelum ia diangkat untuk pertimbangan dan penelitian Majlis Raja-Raja.

“Saya (juga) telah menjelaskan pendirian Kerajaan Persekutuan yang menghormati undang-undang di setiap negeri dan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Agama Negeri dalam menentukan perkara berkaitan agama Islam di peringkat negeri serta peranan Majlis Raja-Raja di peringkat Persekutuan.”

“Selepas berbincang dengan Sultan Selangor, saya menghormati pandangan baginda yang selari keputusan Jemaah Menteri Mei lepas, bahawa isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak lebih sesuai diperkemas dan diperjelaskan kepada MKI yang berperanan menasihati Majlis Raja-Raja,” katanya.

Dalam sesi menghadap itu, Anwar berkata beliau turut sekali lagi menegaskan pendirian Kerajaan Persekutuan untuk memperaku dan menerima pakai dasar sedia ada yang mengehadkan penggunaan kalimah Allah kepada orang Islam di Semenanjung serta kelonggaran bersyarat oleh orang bukan Islam di Sabah dan Sarawak.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading