HAMAS GESA PBB PASTIKAN ISRAEL PATUH GENCATAN SENJATA
ANKARA: Hamas pada Isnin mengalu-alukan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.
Hamas gesa Majlis Keselamatan PBB untuk memberi tekanan kepada Israel supaya mematuhi gencatan senjata dan menghentikan perang genosid dan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin. – AFP
ANKARA: Hamas pada Isnin mengalu-alukan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.
“Kami menggariskan keperluan untuk mencapai gencatan senjata kekal yang membawa kepada pengunduran semua tentera Israel dari Gaza dan kepulangan pelarian ke rumah mereka,” kata kumpulan itu dalam kenyataan.
Ia menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk memberi tekanan kepada Israel supaya mematuhi gencatan senjata dan menghentikan perang genosid dan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin.
Hamas berkata ia bersedia untuk terlibat dalam operasi pertukaran segera yang akan membawa kepada pembebasan semua tahanan di kedua-dua belah pihak.
“Sebarang perjanjian mesti menjamin kebebasan pergerakan rakyat Palestin dan kemasukan semua keperluan kemanusiaan untuk semua penduduk di Gaza,” katanya.
Majlis Keselamatan PBB pada Isnin meluluskan resolusi menuntut gencatan senjata di Gaza sempena bulan suci Ramadan yang bermula pada 11 Mac dan dijangka berakhir 9 April.
Sebanyak 14 negara mengundi menyokong resolusi yang dibentangkan oleh 10 ahli Majlis yang dipilih, manakala Amerika Syarikat berkecuali daripada mengundi.
Resolusi itu menuntut “gencatan senjata segera dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan, dihormati oleh semua pihak sambil menyasarkan satu gencatan senjata yang berkekalan.”
Ia juga menggesa “pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan dan memastikan akses kemanusiaan untuk menangani keperluan perubatan dan kemanusiaan mereka yang lain.”
Israel melancarkan serangan ketenteraan maut di wilayah Palestin hampir enam bulan dengan lebih 32,333 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 74,694 cedera di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.
Perang Israel, yang kini memasuki hari ke-171, memaksa 85 peratus penduduk Gaza berpindah di tengah-tengah sekatan yang melumpuhkan bekalan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
Sebagai perbandingan, 60 peratus daripada infrastruktur enklaf itu telah rosak atau musnah, menurut PBB.
Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
ICJ dalam keputusannya pada Januari mengarahkan langkah sementara iaitu memerintahkan Tel Aviv menghentikan tindakan genosid dan mengambil langkah menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.